Archive for the 'wakaf' Category

Wakaf tanah

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Kluang baru sahaja selesai proses hujjah wakaf daripada Puan Nurizah Binti Ithnain bagi tujuan Wakaf Kebajikan Am Islam dan Tapak Tambahan Masjid Kg Parit Ghani, Simpang Renggam, Kluang dengan berkeluasan 0.293 ekar. Majlis Agama Islam Negeri Johor merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Nurizah Binti Ithnain atas niat murni mewakafkan sebahagian hartanya untuk
Read more…

Program Insaniah Pusara 2017

Gambar sekitar ” Program Insaniah Pusara 2017 ” di Perkuburan Islam Jalan Haji Manan, Kluang, Johor Ribuan terima kasih kepada orang ramai yang bersama-sama hadir mengikuti program ini terutama JKKK Kampung, Kolej Komuniti Kluang, serta semua yang terlibat menjayakan program ini, JazakAllah khairan kasira. semoga Allah menerima setiap amalan kebaikan kita. Amin amin ya rabbal alamin..  

Jom Berwakaf bersama Saham Wakaf Johor dalam membina Sekolah Agama di Negeri Johor

Majlis pecah tanah projek Sekolah Agama Fasa 5 SAKJ Bandar Seri Alam 2, Johor Bahru untuk 2640 pelajar termasuk Tadika Islam Johor (TAJ). Penekanan kepada pendidikan agama yang kukuh adalah penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang berkemajuan. Sebanyak 30 SAKJ yang akan dibina di seluruh Johor di bawah Fasa 5, membabitkan peruntukan berjumlah RM256 juta dan 30% daripada kos pembinaan
Read more…

wakaf

Jom Berwakaf – Berwakaf Hanya Serendah RM10 seunit

“SAHAM WAKAF JOHOR” merupakan satu skim di mana masyarakat Islam membeli saham dengan harga RM10 seunit daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Seterusnya mewakafkan Saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat Islam. Layari laman e-wakafjohor untuk Maklumat lanjut : http://www.e-wakafjohor.gov.my

kompleks

Memperkasa Tanah Wakaf Negeri Johor

Satu lagi revolusi pembangunan melalui instrumen wakaf iaitu pembinaan Kompleks Perubatan Pakar yang bakal terbina di atas tanah wakaf. Kompleks Perubatan Pakar ini akan dibangunkan oleh Kencana Healthcare melalui Tabung Wakaf Rakyat Johor, Perbadanan Islam Johor yang merupakan Nazir Khas kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor yang merupakan pemegang amanah tunggal harta wakaf. Sumber : http://www.e-wakafjohor.gov.my  

wakaf

Penyerahan Dana Wakaf Daripada Angkasa

Penyerahan Dana Wakaf Daripada Angkasa Kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor Sebanyak Rm 1,560,000 Bagi Pembelian 1 Unit Bangunan 2 Tingkat Di Bandar Baru Uda,Johor Bahru

Swj

Jom berwakaf

“SAHAM WAKAF JOHOR” merupakan satu skim di mana masyarakat Islam membeli saham dengan harga RM10 seunit daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Seterusnya mewakafkan Saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat Islam. Layari laman e-wakafjohor untuk Maklumat lanjut :http://www.e-wakafjohor.gov.my

Seminar Pembudayaan Wakaf Peringkat Daerah Tangkak Tahun 2017

17 Januari 2017  Program Seminar Pembudayaan Wakaf peringkat Daerah Tangkak tahun 2017 bertempat di : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak Pembentang 1 : Wakaf & Sedekah, Satu Arah Tapi Jalan Berbeza – Ustaz Mustapahayuddin bin Abd Khalim, MAIJ Pembentang 2 : Mudahnya Jalan Ke Syurga – Ustaz Mohd Asyran Safwa Kamaruzaman. YWM