Archive for the 'Bantuan' Category

Ziarah Asnaf di Kampung Sg. Telur, Kota Tinggi

Ziarah Asnaf di Kg Baharu Sg Telur, Kota Tinggi bersama Penolong Amin Baitulmal Kota Tinggi dan JKK Kg Sg Telur. Sebanyak 4 buah rumah dapat diziarah disamping penyampaian sumbangan kewangan dan barang keperluan harian.

Khidmat Masyarakat Dan Ziarah Asnaf di Kampung Lubuk Lanjut Segamat

16 November 2017 – Program Insaniah Daerah Segamat bersama penduduk kampung Lubuk Lanjut, Segamat diadakan pada sebelah pagi hari ini. Aktiviti bergotong royong mengecat masjid, bersih kubur, baik pulih rumah fakir miskin dan juga dapat ziarah 8 buah rumah fakir miskin. YB Puan Hajah Norshidah Binti Ibrahim, ADUN Buloh Kasap sudi hadir bersama dan merasmikan majlis pada hari ini. Terima
Read more…

Jejak Asnaf di Sedili Besar

6 November 2017 – Sebanyak 10 buah rumah di kawasan Kg Sedili Besar Kota Tinggi dapat diziarah pada sebelah pagi hari ini dalam program Jejak Asnaf bersama YB Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Mohd Nor, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor. Ziarah bertujuan mengenalpasti bantuan yang diperlukan disamping menyampaikan sumbangan kewangan dan barang makanan. Turut hadir sama ialah Amin Baitulmal
Read more…

Program Insaniah di Kg Prt Limbong Darat Prt Jawa Muar

6 November 2017 – Majlis Agama Islam Negeri Johor, Majlis Perbandaran Muar, Southern Waste Management (SWM) dan Pejabat ADUN Sg Balang hari ini bekerjasama mengadakan gotong royong membaikpulih kediaman En Masri bin Wasan di Kg Prt Limbong Darat Prt Jawa Muar. Antara usaha yang dijalankan hari ini ialah meroboh bahagian rumah yang terlalu usang, membaikpulih bumbung dan dapur serta membina
Read more…

Penyerahan bantuan kebakaran di Kg Peserai Lama Batu Pahat.

30 Oktober 2017 – Penolong Amin Baitulmal Batu Pahat, Ust Azri bin Esa menziarahi En Azman bin Ahmad dan En Abd Rahim bin Dahar di Kg Peserai Lama Batu Pahat yang kediamannya terlibat dalam kebakaran. Sumbangan bantuan segera turut disampaikan bagi meringankan beban keluarga mereka.

Dana Pesakit Jantung MAIJ

Bagaimana anda boleh memohon dana bantuan pembiayaan zakat Johor bagi pembedahan jantung di IJN? Bantuan ini merupakan satu kemudahan untuk rakyat Johor. Bantuan ini disediakan bagi mereka yang tidak berkemampuan. Apa perlu dibuat selepas mendapat pengesahan pakar perubatan IJN dan maklum tentang kos rawatan? Jika anda tidak berkemampuan disebabkan kos pembedahan yang tinggi, ada 2 saluran bantuan disediakan : 1.
Read more…

Program Khidmat Masyarakat & Ziarah Kasih di Pusat Jagaan Sinar Kasih Muar .

Hasil kunjungan pengurusan MAINJ pada 10 Oktober yang lalu, Pasukan Briged Ansar MAINJ telah turun padang pagi ini ke Pusat Jagaan Sinar Kasih di Kampung Parit Mislam Muar sempena Program Khidmat Masyarakat Insaniah dan Ziarah Kasih warga emas di pusat jagaan tersebut . Beberapa aktiviti juga diaturkan untuk menyantuni mereka termasuk penyampaian sumbangan keperluan warga Emas yang telah disempurnakan penyampaiannya
Read more…

Jejak asnaf di daerah Kulai

11 Oktober 2017 – Jejak asnaf pagi ini diketuai oleh Ust Nor Hisham bin Sawal Penolong Amin Baitulmal Kulai bersama Amil Agihan Zakat Kawasan Senai iaitu Tok Shukor bin Hj Adan dapat menziarahi 5 keluarga asnaf yang memerlukan di sekitar Senai. Sumbangan kewangan disampaikan untuk meringankan sementara kesusahan mereka.

PROGRAM INSANIAH KEMASYARAKATAN 2017 – DUN BUKIT NANING

8 OKTOBER 2017 – Yb Dato’ Seri Hj Saipolbahari Bin Hj Suib – Adun Bukit Naning harini merasmikan satu Program Khidmat Kemasyarakatan Insaniah di Masjid Kg Pt Hj Anuar, Ayer Hitam, Muar. Tuan Amin BaitulMal Daerah Muar, As-Syeikh Tn Hj Mohd Fahami Bin Samad juga turut serta meraikan program ini bersama penduduk kampung. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong
Read more…

Bantuan mangsa kebakaran di Kg. Sawah, Pekan Nenas

Penolong Amin Baitulmal Pontian menyampaikan sumbangan kebakaran kepada En Mohammad Nasir bin Abdul Rahman di Kg Sawah Pekan Nenas selepas rumahnya terlibat dengan kebakaran semalam. Punca kebakaran belum dapat dipastikan dan tiada sesiapa di rumah ketika kejadian.

Ziarah asnaf sekitar Johor Bahru

Agihan bantuan segera untuk pesakit yang memerlukan keperluan perubatan dan peralatan khas di sekitar Johor Bahru. En Jamaluddin Bin Ab Ghaffar, 62 tahun mengidap kanser tekak tahap 4. Memerlukan susu khas, lampin pakai buang dan tilam angin. Ada menerima bantuan JKM dan masih mempunyai seorang anak bersekolah. En Abdul Rahim Bin Surani, 54 tahun mengidap sakit jantung. Seorang bapa tunggal
Read more…

Bantu keluarga Pn Nor’Ashikin bt Ikhsan di Pantai Layang

25 September 2017 – Suami Pn Nor’Ashikin bt Ikhsan meninggal dunia pada 22 September 2017 baru-baru ini dan MAINJ Daerah Tangkak sempat menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada suaminya En Md Ali ketika di hospital ketika itu. Selepas suaminya meninggal dunia keluarga ini kehilangan tempat bergantung sama sekali. Amin Baitulmal Daerah Tangkak menyampaikan sumbangan segera untuk keluarga ini dan akan disusuli
Read more…