Archive for the 'Bantuan' Category

Majlis Taklimat Prosedur Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2019

130 pelajar hadiri Majlis Taklimat Prosedur Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2019. Tempat : Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi

Menyantuni mangsa kebakaran dibeberapa lokasi minggu lalu.

Menyantuni mangsa kebakaran dibeberapa lokasi minggu lalu. 14 Januari 2019 Sumbangan kebakaran rumah kepada En Shahrulrashid bin Baharim di Kg Tawakkal Kempas,  20 Januari 2019 Penyampaian bantuan kebakaran En Fadel bin Ahmad di Taman Pasak Indah,  22 Januari 2019 Penyampaian sumbangan kebakaran 3 buah rumah di Lorong Imam Sujak Batu 6 3/4 Kg Sungai Raya Muar.

168 pesakit jantung terima Dana Rawatan Jantung MAINJ Di IJN

Sebanyak RM 566,931.50 (sehingga Oktober 2018) telah dibelanjakan bagi rawatan 168 pesakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) meliputi bantuan pembedahan, perlatan dan rawatan susulan sejak ianya di laksanakan pada Mac 2017. Jumlah ini akan terus meningkat sehingga penghujung Disember ini berdasarkan permohonan yang sedang diproses ketika ini. Terima kasih pembayar zakat.. Jom tunai zakat..  Zakat Perkasa Ummah Terbela.. 

Majlis Penyampaian bantuan pakaian sekolah MAIJ

23 Disember 2018 – Majlis penyampaian bantuan pakaian sekolah MAINJ tahun 2019 peringkat negeri Johor dan pemberian insentif harapan siswa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) / Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah diadakan di Dewan Orang Ramai Tongkang Pechah, Batu Pahat. Majlis telah disempurnakan penyampaiannya oleh YB Pengerusi JK Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, YB Tuan Haji
Read more…

insaniah

MAINJ turun padang di Kampung Sungai Nibong Batu Pahat

16 Ogos 2018 – Lebih 400 penduduk dari Kg Sg Nibong Batu Pahat dan sekitarnya hadir menjayakan Program Menyantuni Masyarakat Kg Sg Nibong yang dipenuhi pelbagai pengisian bermanfaat untuk masyarakat setempat. Ianya adalah salah satu usaha mendekatkan MAINJ dengan masyarakat melalui pengenalan peranan dan aktiviti MAINJ itu sendiri. Pengisian Program bacaan tahlil, tazkirah, gotong royong membersih tapak kubur, kursus pengurusan
Read more…

Bantuan Hari Raya Kepada Fakir Dan Miskin Tahun 2018

Seramai 29,006 ketua isi rumah dan 36,398 tanggungan mereka layak menerima bantuan hari raya di seluruh negeri Johor pada tahun ini. Senarai ini adalah hasil bancian yang dilakukan oleh amil zakat fitrah di setiap kariah dalam negeri Johor. Sebanyak RM8.1 juta telah diagihkan kepada para amil bagi disampaikan kepada fakir dan miskin berdaftar sebelum menjelang hari raya.

Skim Bantuan Pakaian Sekolah MAIJ 2019

Adalah dimaklumkan bahawa Bantuan Pakaian Sekolah merupakan salah satu skim bantuan pelajaran yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada pelajar yang kurang berkemampuan di negeri Johor. Makluman kepada pentadbiran sekolah, syarat dan kelayakan pelajar hendaklah dipatuhi sebagaimana berikut :

Program Pengukuhan Feqh Solat Asnaf Zakat – 250 sertai program

14 Mei 2018 – Seramai 250 orang terdiri daripada penerima bantuan bulanan MAINJ dari sekitar Taman Cendana Pasir Gudang menyertai Program Pengukuhan Feqh Solat anjuran MAINJ dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon Cendana. Pengisian Program : – Panduan Wuduk Yang Sempurna, – Panduan Ibadan Pesakit, – Bengkel Bacaan Al Fatihah Majlis diserikan dengan kehadiran Tn Hj Abdul ‘Alim bin Abd Syukur,
Read more…