Archive for the 'Arkib' Category

Petikan Akhbar: MAIJ sumbang RM10,000 untuk Rumah Bakti Murni 2

  MUAR 4 Mac – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menghulurkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada Rumah Bakti Murni 2, Pusat Jagaan Warga Emas di Kampung Dato’ Seri Amar Diraja di sini. Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAINJ, Mustafa Omar berkata, bantuan tersebut meliputi wang tunai RM5,000 dan barangan bernilai RM5,000 seperti lampin pakai buang dan kerusi roda.
Read more…

MAIJ aktif perkenal, galak budaya wakaf

  Sumbangan serendah RM10 beri peluang warga berpendapatan rendah bersedekah Mewakafkan harta adalah amalan jariah yang sangat dituntut agama Islam kerana menunaikannya bukan saja menjadi ibadah, malah ia satu sistem yang berpotensi menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam menerusi pengumpulan harta secara bersama dan berkelompok. Wakaf juga menjadi amal salih yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah kepada pewakaf
Read more…

Petikan Akhbar: MAINJ terima zakat RM171.9 juta

JOHOR BAHRU 17 Jan. – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjaya mengutip zakat sebanyak RM171.9 juta tahun lalu berbanding RM137.4 juta pada tahun sebelumnya. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, jumlah kutipan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus atau RM34.5 juta manakala jumlah kutipan zakat pada 2010 pula adalah sebanyak RM122.3 juta. Beliau berkata, daripada jumlah
Read more…

Petikan Akhbar: MAIJ edar risalah zakat

JOHOR BAHRU 9 Nov. – Sebanyak 3,000 risalah berhubung kempen membayar zakat harta diedarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada pengguna jalan raya yang melalui Plaza Tol Skudai, di sini hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam MAINJ, Mohd. Redzuan Abd. Rasid berkata, pengedaran risalah yang bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari itu bertujuan mengingatkan pembayar
Read more…

Petikan Akhbar: RM5.063j disalur sebelum Syawal

JOHOR BAHRU 10 Ogos – Seramai 41,639 orang fakir dan miskin di seluruh negeri menerima bantuan hari raya berjumlah RM5.063 juta sebelum Syawal menjelang berdasarkan bantuan yang dibuat oleh para amil yang telah disahkan oleh penghulu dan ketua kampung. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, jumlah tersebut merangkumi 4,418 ketua keluarga fakir dan 13,735 ketua keluarga miskin yang
Read more…

Petikan Akhbar: Tunku Idris bantu 60 fakir miskin sempena Ramadan

JOHOR BAHRU 29 Julai – Seramai 60 fakir miskin di sekitar bandar raya ini menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang saku daripada Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim bagi meringankan beban mereka sempena Ramadan dan persiapan menjelang Aidilfitri. Pada majlis di Masjid India Datuk Ahmad Awang di sini semalam, Tunku Idris turut berkenan meluangkan masa bermesra dengan rakyat
Read more…

Petikan Akhbar: MAINJ bantu pesakit jantung berlubang

MUAR 5 Julai – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) cawangan Muar menyumbang RM1,000 kepada kanak-kanak yang menderita penyakit jantung berlubang dan masalah dua saluran injap jantung sempit, Nur Farah Athirah Balqis Razak, 3, hari ini. Wang berkenaan disampaikan Kadi Daerah Muar, Dzulkafli Mohamed yang berkunjung bersama enam pegawainya ke rumah kanak-kanak malang tersebut di Parit Tiram, di sini. Dzulkafli
Read more…

Petikan Akhbar

MAIJ kutip zakat RM137.3j JOHOR BAHRU 24 Mei – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) tahun lalu berjaya mengutip zakat sebanyak RM137.3 juta berbanding RM122 juta pada tahun sebelumnya. Penolong Pengarah Bahagian Zakat MAINJ, Jasdy Hassan berkata, jumlah kutipan itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM15.3 juta dan pada 2009 pula jumlah zakat yang berjaya dikutip adalah RM110 juta. “Jumlah kutipan terus
Read more…

Petikan Akhbar: Ibu tunggal sakit buah pinggang terima RM34,800

LEDANG 17 Mei – Seorang ibu tunggal yang miskin dan menghidap penyakit buah pinggang dan tidak mampu menanggung kos rawatan setiap bulan kini mampu menarik nafas lega apabila mendapat sumbangan RM34,800 daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Siti Rodziah Amin, 42, menerima sumbangan tersebut sempena jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 yang diketuai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Read more…

Tabung Haji – Tunai Zakat Perniagaan

JOHOR BAHRU 30 Mac – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima cek zakat perniagaan berjumlah RM3,478,208.36 daripada Tabung Haji (TH) bagi pihak Jawatankuasa Zakat dan Fitrah negeri, baru-baru ini. Baginda menerima cek zakat perniagaan berkenaan daripada Pengarah Urusan Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail. Zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 itu akan diterima oleh Jawatankuasa Zakat dan
Read more…

50 murid kurang berkemampuan terima basikal

JOHOR BAHRU 21 Jan. – Atas dasar keprihatinan, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) tampil menyumbangkan sebanyak 50 buah basikal bagi kegunaan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara di sini untuk berulang-alik ke sekolah mereka. Guru Besar sekolah berkenaan, Siti Latifah Adnan berkata, di samping penyerahan bantuan kepada murid-murid kurang berkemampuan dan anak yatim, turut diadakan serahan set pakaian sekolah kepada
Read more…

Johor bina 96 sekolah agama

JOHOR BAHRU 20 Jan. – Kerajaan negeri akan membangunkan 96 sekolah agama dengan kos dianggarkan RM224 juta dalam tempoh dua tahun. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, semua sekolah tersebut yang dijadualkan siap Mac 2013 akan dibina dalam empat fasa, dengan fasa pertama melibatkan pembinaan 25 sekolah. Menurutnya, enam daripada 25 sekolah tersebut dijangka siap Mac ini,
Read more…