Archive for the 'Arkib' Category

Petikan Akhbar

MAIJ kutip zakat RM137.3j JOHOR BAHRU 24 Mei – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) tahun lalu berjaya mengutip zakat sebanyak RM137.3 juta berbanding RM122 juta pada tahun sebelumnya. Penolong Pengarah Bahagian Zakat MAINJ, Jasdy Hassan berkata, jumlah kutipan itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM15.3 juta dan pada 2009 pula jumlah zakat yang berjaya dikutip adalah RM110 juta. “Jumlah kutipan terus
Read more…

Tabung Haji – Tunai Zakat Perniagaan

JOHOR BAHRU 30 Mac – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima cek zakat perniagaan berjumlah RM3,478,208.36 daripada Tabung Haji (TH) bagi pihak Jawatankuasa Zakat dan Fitrah negeri, baru-baru ini. Baginda menerima cek zakat perniagaan berkenaan daripada Pengarah Urusan Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail. Zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 itu akan diterima oleh Jawatankuasa Zakat dan
Read more…

50 murid kurang berkemampuan terima basikal

JOHOR BAHRU 21 Jan. – Atas dasar keprihatinan, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) tampil menyumbangkan sebanyak 50 buah basikal bagi kegunaan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara di sini untuk berulang-alik ke sekolah mereka. Guru Besar sekolah berkenaan, Siti Latifah Adnan berkata, di samping penyerahan bantuan kepada murid-murid kurang berkemampuan dan anak yatim, turut diadakan serahan set pakaian sekolah kepada
Read more…

Johor bina 96 sekolah agama

JOHOR BAHRU 20 Jan. – Kerajaan negeri akan membangunkan 96 sekolah agama dengan kos dianggarkan RM224 juta dalam tempoh dua tahun. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, semua sekolah tersebut yang dijadualkan siap Mac 2013 akan dibina dalam empat fasa, dengan fasa pertama melibatkan pembinaan 25 sekolah. Menurutnya, enam daripada 25 sekolah tersebut dijangka siap Mac ini,
Read more…

Petikan Akhbar: MAIJ bantu keluarga anak berpenyakit misteri

JOHOR BAHRU – Kesengsaraan hidup keluarga Salleh Othman yang mempunyai anak berpenyakit misteri mendapat perhatian Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) semalam. Sebaik membaca laporan Kosmo! mengenai kesusahan hidup Salleh yang tidak mampu bekerja selepas patah kaki akibat terjatuh di bilik air kira-kira dua bulan lalu, MAIJ yang diwakili Penolong Amin Baitulmal cawangan Johor Bahru, Nor Hisham Md. Sawal tampil menghulurkan bantuan kilat
Read more…

200 fakir miskin terima bantuan raya

JOHOR BAHRU 21 Ogos – Seramai 200 fakir miskin dan golongan kurang bernasib baik menerima sumbangan wang tunai dan bahan keperluan asas daripada Jawatankuasa Kebajikan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee, di sini hari ini. Timbalan Pengerusinya, Kamdi Kamil berkata, majlis penyampaian bantuan itu merupakan program tahunan anjuran masjid berkenaan dan ia bertujuan membantu mereka yang kurang mampu untuk menyambut Aidilfitri
Read more…

121 sekolah agama siap 2013

JOHOR BAHRU – Sebanyak 121 sekolah agama akan dibangunkan Kerajaan Negeri dengan bantuan pembiayaan daripada Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) iaitu RM160 juta (bagi fasa satu hingga empat) dan juga 30 peratus bantuan daripada Majlis Agama Islam Johor (Maij). Jumlah keseluruhan pembinaan bagi 121 sekolah ini yang membabitkan lima fasa memperuntukkan perbelanjaan RM294 juta dan akan siap dalam tempoh
Read more…

MAIJ martabat tulisan jawi

JOHOR BAHRU 26 Jun – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menaja sebanyak 87,560 naskhah akhbar Utusan Malaysia setiap Isnin yang mengandungi sisipan Utusan Melayu Mingguan untuk diedarkan kepada lebih 100 buah sekolah agama di negeri ini. Penyerahan replika tajaan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman kepada Eksekutif Kanan Pemasaran Zon Selatan Utusan Melayu (M) Berhad,
Read more…