Archive for the 'Arkib' Category

Salur untuk pelbagai aktiviti

KLUANG 25 Jun – Kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) memperuntukkan RM280 juta kepada pelbagai jabatan berkaitan untuk melaksanakan operasi dan aktiviti mereka sepanjang tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM180 juta diberi kerajaan negeri dan selebihnya daripada MAIJ. Menurutnya, antara yang mendapat peruntukan itu ialah Jabatan Agama,
Read more…

Zakat: PNKE perlu dijadikan contoh

MERSING 11 April – Persatuan Nelayan Kawasan Endau (PNKE) telah menunaikan tanggungjawab membayar zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada satu majlis yang diadakan di sini baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman yang mewakili MAIJ menerima bayaran tersebut daripada PNKE bagi tahun 2010 sebanyak RM65,18.09 yang disampaikan oleh Pengerusinya, Wan Sulaiman Abdullah. Zainal
Read more…

Lawatan MAIJ, JAIJ cari asnaf zakat

MERSING 4 April – Dalam usaha mendekati masyarakat dan meninjau bentuk-bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada golongan asnaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah mengadakan lawatan sosial ke rumah-rumah golongan sasaran di daerah ini baru-baru ini. Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi MAIJ, Datuk Zainal Abidin Osman serta Penolong Pengarah Bahagian Zakat dan Baitulmal, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Azlan
Read more…

Umat Islam perlu bersatu

BATU PAHAT 5 Mac – Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menasihatkan umat Islam agar bersatu padu dengan menjadikan masjid sebagai institusi yang memainkan peranan besar dalam pembangunan dan perpaduan masyarakat setempat. Titah baginda, ini penting kerana perpaduan dan permuafakatan sesama umat menjadi penentu kejayaan sesebuah negara. “Allah SWT menyuruh kita bersatu padu, jangan berpecah belah kerana ia
Read more…

Penuntut bersyukur

JOHOR BAHRU 4 Mac – Para penuntut Johor di Mesir melahirkan rasa syukur dengan peruntukan RM1.6 juta yang diberikan kerajaan negeri untuk membolehkan mereka menyambung semula pengajian di negara itu. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati mereka gembira menerima bantuan itu untuk meringankan bebanan keluarga mereka. Seorang penuntut jurusan Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Salwa Farhana Ismail, 24, berkata, bantuan yang diberikan kerajaan
Read more…

719 penuntut terima bantuan

JOHOR BAHRU 4 Mac – Kerajaan negeri hari ini menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1.6 juta kepada 719 penuntut Johor yang akan menyambung semula pengajian mereka di Mesir April ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang berkata, peruntukan itu adalah hasil sumbangan kerajaan negeri, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Majlis Agama Islam Negeri
Read more…