Archive for the 'Asnaf' Category

bantuan

Keluarga En Mohd Nor telah disantuni sebelum ini dan akan terus dibantu.

Tidak dinafikan kuasa viral sangat berkesan untuk menyampaikan sesuatu atau mendapatkan reaksi pelbagai masyarakat. Namun dalam kes En Mohd Nor bin Ismail yang menjaga seorang ibu tua dan ayah yang juga uzur telah tular di media sosial baru-baru ini telah pun mendapat perhatian MAINJ sebelumnya lagi. Amil Agihan MAINJ Kawasan Pulai En Zaini bin Sinong telah menziarahinya dan menyampaikan bantuan.
Read more…

Majlis Pecah Tanah Perkampungan Asnaf Darul Ikhsan Simpang Renggam.

14 Mac 2017 – Y.A.B Dato’ Haji Mohamed Khaled bin Haji Nordin, Menteri Besar Johor meluangkan masa ke Majlis Pecah Tanah Perkampungan Asnaf Darul Ikhsan di Kampung Shari, Simpang Renggam. Sebanyak 30 unit rumah akan dibina bagi menempatkan asnaf yang layak terutama mereka yang menghadapi masalah tempat tinggal. Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ turut menyampaikan taklimat ringkas berkenaan pelaksanaan projek tersebut
Read more…

Menyantuni asnaf sekitar Batu Pahat

14 Mac 2017 – Ziarah dan menyampaikan sumbangan oleh MAINJ Batu Pahat : 1. Penyerahan bantuan sara hidup kepada En Misman bin Tukirin di Kampung Seri Rejo Sari. 2. Serahan Bantuan Bencana Alam, kebakaran Rumah Di Pt Hj Salleh Khairon oleh Amin Baitulmal Batu Pahat. Turut sama menyampaikan sumbangan YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, ADUN Semarang.

bantuan

Jejak Asnaf sekitar daerah Kulai

Ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada asnaf yang memerlukan jejak asnaf di Taman Aman, Taman Sri Muhibbah dan Kg Murni Jaya. Ziarah turut disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Kulai.

bantuan

Sekitar ziarah asnaf, Kawasan Gelang Patah

1. Pn Zaleha bt Sulong, dari Kg Paya Mengkuang Gelang Patah, mengidap stroke tahap 4. Sebelum ini telah menjalani pembedahan tebuk leher untuk menyedut lendir di paru-paru pada bulan februari 2017. Suaminsebelum ini seorang nelayan dan tidak dapat bekerja kerana menjaga isteri. Memerlukan bantuan perubatan seperti susu dan lampin pakai buang. 2. Pn Suriah bt Mohd Ngadiman dari Lima Kedai
Read more…

bantuan

Jejak Asnaf sekitar kawasan Pasir Gudang

1 Mac 2017 – Berdasarkan aduan pemimpin setempat menziarahi mereka yang memerlukan di sekitar Pasir Gudang bersama Amil Agihan Zakat Pasir Gudang. 1. Rukiah Binti Abd Rahman, mengidap sakit kencing manis,darah tinggi dan pernah menjalani pembedahan usus sebanyak tiga kali. Baru diarahkan keluar dari rumah sewa kerana sewaan tertunggak dan kini menyewa rumah baru. 2. Mohd Faizal bin Awang, mengidap
Read more…

RM 1,328,046.00 agihan bantuan awal tahun persekolahan 2017 daerah Mersing.

16 Februari 2017 – Seramai 3,388 pelajar daerah Mersing menerima bantuan pakaian sekolah yang meliputi pelajar sekolah kebangsaan, menengah dan sekolah agama bagi tahun 2017. Dalam satu majlis di Sekolah Agama Bandar Endau hari ini sebanyak RM1.32 juta diperuntukkan untuk bantuan tersebut termasuk bantuan makanan sihat pelajar sekolah agama dan juga bantuan khas persekolahan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ADUN
Read more…

Usaha membantu En Sabarruddin bin Katimin di Kg. Bukit Rimau Sri Medan Batu Pahat.

13 Februari 2017 – MAINJ Daerah Batu Pahat bersama Ketua Kampung Bukit Rimau meneruskan usaha membantu En Sabarruddin bin Katimin yang tinggal di kebun dengan kediaman yang sangat daif dan uzur. Beliau tinggal bersama isterinya yang berstatus bukan warganegara sejak 2 tahun selepas. En Sabarruddin adalah penerima bantuan sara hidup MAINJ. Usaha yang dilakukan kini adalah memujuk beliau berpindah ke
Read more…

Setiap hari zakat diagih.

Sekitar jejak asnaf di daerah Johor Bahru 1. Pn Maisuri binti Jaffar, 60 tahun di Lima Kedai Gelang Patah. Warga emas tinggal seorang diri sudah uzur dan makan minumnya dibantu oleh jiran-jiran. 2. Pn Norul Haslindawati binti Che Ab Razak, 40 tahun dari Taman Desa Jaya. Terlibat dalam kemalangan pada Okt 2016 dan suami meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau
Read more…

Ziarah keluarga En Rosli bin Sharif di Kg Sawah Ring Tangkak.

9 Februari 2017 – Amil Agihan Zakat Kawasan Tangkak berkesempatan menziarahi keluarga En Rosli bin Sharif di Kg Sawah Ring Tangkak. Ibunya telah uzur manakala ayahnya juga uzur dan menghadapai masalah pernafasan. Alat bantuan pernafasan telah dibantu sebelum ini. Bantuan saraan untuk kedua ibu bapanya seperti pembelian lampin dan perubatan akan dibantu oleh MAINJ. Sumbangan segera barangan makanan, 2 buah
Read more…

Sekitar ziarah asnaf di Kota Tinggi

Sekitar ziarah asnaf di Kota Tinggi hari ini bersama Amin Baitulmal Kota Tinggi Ustaz Muhammad Zakuan bin Ghazali. 1. Penyerahan bantuan berupa katil hospital, tilam angin, susu pentasure DM 400g x 5 tin, lampin pakai buang P. love M x 5pc kepada En Zamzam Bin Ali yang menghidap penyakit saraf dan Angin Ahmar. En Zamzam merupakan seorang guru sekolah dan
Read more…

Jejak asnaf warga tua dan uzur sekitar Tangkak

MAINJ Daerah Tangkak bersama Amil Agihan Zakat dan kepimpinan masyarakat mengadakan ziarah bagi melihat keperluan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada 5 warga tua dan uzur di sekitar Kg Simpang 5 Pekan dan Kg Meranti Sundai.