Archive for the 'Asnaf' Category

127 anak Johor bakal melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar Mesir Sesi 2018.

2 April 2018 – Seramai 127 orang pelajar yang merupakan anak-anak negeri Johor diraikan dalam satu Majlis Amanat YAB Menteri Besar Johor Dan Penyampaian Sumbangan MAINJ akan berikutan kejayaan mereka melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar Mesir. Majlis diserikan dengan kehadiran wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor iaitu Prof Madya Dr. Abdul Razak Ahmad, Penasihat Khas YAB Menteri Besar Johor.
Read more…

Ziarah keluarga Pn Julia bt Isnin ( tinggalkan anak di Kedai Dobi ketika bekerja)

29 Mac 2018 – Ekoran laporan akhbar berkenaan kesusahan Pn Julia bt Isnin yang dilaporkan terpaksa meninggalkan anaknya di sebuah kedai dobi di Larkin Perdana ketika bekerja, MAINJ hari ini telah dapat berjumpa dengan beliau di kediamannya di Desa Tebrau hasil bantuan pihak majikannya. Antara maklumat yang boleh dikongsikan : > beliau baru bekerja sebagai pekerja pembersihan dengan pendapatan RM850.00
Read more…

100 pelajar asnaf Daerah Muar sertai Kem Motivasi Bestari.

23 Mac 2018 – Seramai 100 pelajar dari Daerah Muar menyertai Kem Motivasi Tunas Bestari anjuran MAINJ Daerah Muar hari ini melibatkan pelajar sekolah menengah dan rendah. Matlamat utama program adalah memberikan penekanan dan tumpuan berkaitan ilmu agama supaya ianya seiring dengan kehidupan di dunia dan akhirat.  

125 calon mahasiswa Al Azhar Negeri Johor jalani Kursus Transformasi Mahasiswa Luar Negara.

20 Mac 2018 – Seramai 125 pelajar lepasan STAM yang bakal melanjutkan pengajian Ke Universiti Al Azhar Mesir selesai menjalani Kursus Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara yang bermula pada 16-20 Mac 2018. Amanat penutupan disempurnakan oleh Tuan Hj Ramly bin Jusoh, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Program Tautan Ukhuwah Asnaf & MAINJ.

18 Mac 2018 – Seramai 360 penerima bantuan bulanan MAINJ dari sekitar Bandaraya Johor Bahru dihimpunkan di Larkin pagi ini dalam satu program perjumpaan ringkas bersama pengurusan MAINJ. Sejak awal pagi para penerima bantuan telah hadir dan menunjukkan komitmen yang tinggi menjayakan program ini. Di antara pengisian Majlis ialah bacaan surah Yasin dan tahlil, tazkirah ringkas dan juga Penyampaian bantuan
Read more…

MAINJ sumbang RM30,000 untuk adik Siti Nor Aira Ameera.

5 Mac 2018 – Adik Siti Nor Aaira Ameera dari Kg Sg Kuali Pontian yang mengidap penyakit hati kronik dan perlu menjalani pembedahan pemindahan hati di China menerima sumbangan MAINJ sebanyak RM30,000. Simbolik penyerahan disempurnakan oleh YB Tn Hj Abdul Mutalip bin Abdul Rahim, Timbalan Pengerusi MAINJ dalam satu Majlis di Pontian hari ini.

Setiap hari zakat diagihkan..

Ziarah asnaf dan penyampaian sumbangan di sekitar Johor Bahru. Mereka yang diuji Allah dengan penyakit, terlantar dan perlukan kos rawatan yang tinggi disamping tidak mempunyai pendapat mencukupi untuk kos rawatan akan dibantu di bawah Skim Bantuan Perubatan MAINJ. Namun jika masih sihat tubuh badan, tiada keuzuran tetapi tidak mahu bekerja mereka dianggap tidak layak dan membazirkan tenaga dan kudrat yang
Read more…

Program Ziarah Asnaf Kawasan Pandan Siri 2

20 Januari 2018 – Team Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor Bersama PDM Pandan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Pasir Gudang mengadakan ziarah ke rumah asnaf di Jalan Imam Kg Melayu Pandan pagi ini bermula jam 10.00 pagi. Sebanyak 10 buah rumah dapat diziarah hari ini dan turut disampaikan bantuan kewangan daripada MAINJ. Terima kasih kepada semua
Read more…