Archive for the 'Petikan Akhbar' Category

fitrah2017

MAINJ tetapkan zakat fitrah RM7

JOHOR BAHRU 22 Mei – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan kadar zakat fitrah lebih rendah pada tahun ini, iaitu RM7 berbanding RM8 pada tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalib Abd. Rahim berkata, kadar tersebut ditetapkan berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri ini pada kadar timba­ngan satu gantang Baghdad
Read more…

MAINJ serah kit urus jenazah

JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM36,000 bagi menyediakan kit pengurusan jenazah untuk 12 hospital kerajaan di negeri ini. Inisiatif julung kali diadakan itu bertujuan memudahkan pengurusan jenazah kepada golongan kurang berkemampuan, selain mempercepatkan proses pengurusannya serta memenuhi tuntutan fardu kifayah. Ketua Penolong Pengarah MAINJ, Yosree Ikhsan, berkata peruntukan agihan daripada wang baitulmal itu, secara tidak langsung
Read more…

Bantu asnaf berdikari, ubah kehidupan – TMJ

Petikan Akhbar: Berita Harian JOHOR BAHRU: Karnival Usahawan Asnaf (KUA) 2016 dapat membantu golongan itu dari kategori fakir miskin supaya dapat berdikari sehingga berjaya membentuk kelompok baharu yang dipanggil usahawan. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bertitah KUA diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan agensi mengurus zakat berusaha membangunkan asnaf. Titah
Read more…

Petikan Akhbar – Berkat duit zakat

Skudai: Seorang ibu tunggal enam anak bukan saja memperoleh nikmat daripada bantuan zakat disalurkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), tetapi kini menyalurkan kembali hasil pendapatan diperoleh sebagai pembayar zakat bagi membantu golongan memerlukan. Rusilah Nasro, 47, yang pernah berstatus asnaf tiga tahun lalu berkata, dia bersyukur kerana diberikan bantuan MAIJ sejak 2004 hingga mampu mengubah corak hidupnya daripada susah kepada
Read more…

Petikan Akhbar : Tetapkan dua kadar zakat fitrah

JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dengan pengesahan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1436H/2015M pada dua harga iaitu RM8 dan RM5. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, kadar RM8 adalah bagi umat Islam di negeri ini yang memakan beras gred atau jenis selain daripada super tempatan 15 peratus hancur
Read more…

MAINJ tambah aset, bangun 4,000 lot tanah wakaf di Johor

LEDANG 11 Feb. – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan membuat pelaburan membeli 4,000 lot tanah wakaf di negeri ini sebelum membangunkan dengan binaan seperti hospital atau hotel yang akan menjadi aset baharunya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md. Rofiki A. Shamsudin berkata, perbincangan MAINJ dengan pihak Perbadanan Negeri Johor sudah dilakukan dan sedang mengenal pasti bentuk pembangunan bersesuaian yang memberi
Read more…

Saham Wakaf Johor kumpul RM45 Juta

Petikan Akhbar JOHOR BAHRU 11 Feb. – Saham Wakaf Johor yang diperkenalkan bagi membantu membangunkan ummah di negeri ini berjaya membuat kutipan sebanyak RM45 juta bermula tahun 2010 sehingga hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, kutipan itu diperoleh hasil sumbangan daripada 34,230 pewakaf menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Katanya, hasil kutipan itu digunakan
Read more…

MAINJ lantik lebih 100 amil

Petikan Akhbar. MUAR 10 Feb. – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan melantik lebih 100 amil agihan zakat di setiap mukim di negeri ini untuk mengagihkan zakat dengan berkesan yang disasarkan kutipannya RM230 juta dalam tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md. Rofiki Datuk A. Shamsudin berkata, langkah tersebut merupakan usaha pihaknya untuk mening­katkan keberkesanan sistem pengagihan zakat supaya tidak
Read more…

Petikan Akhbar: Sasar zakat RM230j

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM230 juta pada tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebanyak RM211 juta zakat berjaya dikutip tahun lalu, melebihi sasaran ditetapkan iaitu sebanyak RM195 juta. “Kita percaya dengan pertumbuhan ekonomi yang baik di negeri ini, maka umat Islam yang berniaga akan terus
Read more…

Petikan Akhbar: Agih zakat pada penerima layak

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri menerusi pihak terlibat sentiasa memastikan agihan wang zakat kepada golongan asnaf.Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, agihan wang zakat di Johor sememangnya sampai ke ‘tangan’ penerima yang layak.“Mereka ini dipilh amil yang dilantik, bukan golongan yang mengatakan dirinya sebagai asnaf,” katanya.Abd Mutalip berkata, ramai mengaku diri tergolong golongan penerima mengikut hukum syarak
Read more…

Petikan Akhbar: Masyarakat perlu bekerjasama bantu Maij

PONTIAN – Walaupun jumlah kutipan zakat daerah Pontian bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu mencecah hampir RM3.3 juta, namun jumlah tersebut masih belum mencukupi bagi menampung keperluan penerima zakat yang layak di daerah ini.Pegawai Kadi Daerah Pontian, Mohd Taufik Shamsuddin berkata, sebanyak RM7 juta diperlukan setiap tahun bagi menampung keperluan pelbagai jenis penerima zakat terdiri daripada bantuan sara hidup,
Read more…

Petikan Akhbar: MAINJ peruntuk RM13.08 juta bantu 30,000 asnaf

JOHOR BAHRU 27 Jun – Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) memperuntukkan RM13.08 juta untuk agihan wang fidyah dan bantuan Hari Raya kepada lebih 30,000 asnaf yang layak di negeri ini tahun ini . Peruntukan RM10.13 juta akan digunakan untuk agihan bantuan hari raya dan persiapan bulan Ramadan, manakala bakinya, RM2.95 juta pula untuk agihan wang fidyah. Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ,
Read more…