Archive for 2012

Petikan Akhbar: MAINJ bantu pesakit jantung berlubang

MUAR 5 Julai – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) cawangan Muar menyumbang RM1,000 kepada kanak-kanak yang menderita penyakit jantung berlubang dan masalah dua saluran injap jantung sempit, Nur Farah Athirah Balqis Razak, 3, hari ini. Wang berkenaan disampaikan Kadi Daerah Muar, Dzulkafli Mohamed yang berkunjung bersama enam pegawainya ke rumah kanak-kanak malang tersebut di Parit Tiram, di sini. Dzulkafli
Read more…

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-55 Tahun 1433H/ 2012M

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-55 Tahun 1433H/ 2012M Tarikh: 4 Jun 2012 – 8 Jun 2012 Lokasi: PERSADA Johor, Johor Bahru   * Orang ramai di jemput hadir bagi menyerikan majlis.

Petikan Akhbar

MAIJ kutip zakat RM137.3j JOHOR BAHRU 24 Mei – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) tahun lalu berjaya mengutip zakat sebanyak RM137.3 juta berbanding RM122 juta pada tahun sebelumnya. Penolong Pengarah Bahagian Zakat MAINJ, Jasdy Hassan berkata, jumlah kutipan itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM15.3 juta dan pada 2009 pula jumlah zakat yang berjaya dikutip adalah RM110 juta. “Jumlah kutipan terus
Read more…

Pengumuman

-Kemaskini- Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Daerah Kulaijaya) telah berpindah ke bangunan baru bermula 23 April 2012 Alamat: No. 2930, Jalan Merbau 3, Bandar Putra, 81000, Kulaijaya, Johor No. Telefon   : 07-5985104,   07-5988127 No. Faks : 07-5995214

Aktiviti: Kembara Mahkota Johor 2012

Kembara Mahkota Johor 2012 13-16 mei 2012 Muat turun maklumat lanjut Program : Kembara Mahkota Johor 2012 * Info Sejak tahun 2001, MAIJ terlibat secara langsung dengan Program Kembara Mahkota Johor  melalui penyampaian bantuan zakat kepada asnaf yang berkelayakan disempurnakan oleh D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM. Melalui program
Read more…

Syabas Pasukan Bola Sepak Pusat Islam Iskandar Johor ( JIC FC )

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Sepak Pusat Islam Iskandar Johor ( JIC FC ) di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor kerana telah berjaya menjadi Naib Juara di Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Jemputan MAIWP Edisi ke 3/2012 pada 7 dan 8 April 2012 bertempat di Universiti Malaya. Semoga kecemerlangan agensi agama dalam bidang sukan dapat diteruskan.. Perlawanan Akhir –
Read more…

Tabung Haji – Tunai Zakat Perniagaan

JOHOR BAHRU 30 Mac – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima cek zakat perniagaan berjumlah RM3,478,208.36 daripada Tabung Haji (TH) bagi pihak Jawatankuasa Zakat dan Fitrah negeri, baru-baru ini. Baginda menerima cek zakat perniagaan berkenaan daripada Pengarah Urusan Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail. Zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 itu akan diterima oleh Jawatankuasa Zakat dan
Read more…

AMIslamic Bank Berhad – Tunai Zakat Perniagaan

Johor Bahru, 24 Februari — AMIslamic Bank Berhad menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM15,000.00 bagi tahun kewangan 2011 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Cek zakat perniagaan diserahkan oleh Pengurus Besar AMIslamic Bank Berhad, Y.Bhg. Datuk Zainal Abidin Hj. Mohamed kepada Ketua Penolong Pengarah Zakat,Baitulmal & Wakaf MAIJ, Ustaz Mustafa Bin Omar. ———————————————————– “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama
Read more…