Archive for January, 2012

50 murid kurang berkemampuan terima basikal

JOHOR BAHRU 21 Jan. – Atas dasar keprihatinan, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) tampil menyumbangkan sebanyak 50 buah basikal bagi kegunaan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara di sini untuk berulang-alik ke sekolah mereka. Guru Besar sekolah berkenaan, Siti Latifah Adnan berkata, di samping penyerahan bantuan kepada murid-murid kurang berkemampuan dan anak yatim, turut diadakan serahan set pakaian sekolah kepada
Read more…

Johor bina 96 sekolah agama

JOHOR BAHRU 20 Jan. – Kerajaan negeri akan membangunkan 96 sekolah agama dengan kos dianggarkan RM224 juta dalam tempoh dua tahun. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, semua sekolah tersebut yang dijadualkan siap Mac 2013 akan dibina dalam empat fasa, dengan fasa pertama melibatkan pembinaan 25 sekolah. Menurutnya, enam daripada 25 sekolah tersebut dijangka siap Mac ini,
Read more…

Petikan Akhbar: MAIJ bantu keluarga anak berpenyakit misteri

JOHOR BAHRU – Kesengsaraan hidup keluarga Salleh Othman yang mempunyai anak berpenyakit misteri mendapat perhatian Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) semalam. Sebaik membaca laporan Kosmo! mengenai kesusahan hidup Salleh yang tidak mampu bekerja selepas patah kaki akibat terjatuh di bilik air kira-kira dua bulan lalu, MAIJ yang diwakili Penolong Amin Baitulmal cawangan Johor Bahru, Nor Hisham Md. Sawal tampil menghulurkan bantuan kilat
Read more…

Selamat Tahun Baru 2012

Majlis Agama Islam Negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat di Negeri Johor atas penyempurnaan zakat harta dan fitrah yang telah ditunaikan sepanjang tahun 2011 Semoga keikhlasan iman yang ditunaikan akan sentiasa memperoleh keberkatan, keredhaan dan kelimpahan rezeki dari Allah S.W.T.