Archive for 2015

Program Motivasi ” i am Super Muslim ” Bersama 100 Anak-Anak Asnaf

Dengan matlamat membentuk remaja Muslim yang sejati, Unit Pembangunan Asnaf MAINJ menganjurkan program motivasi cuti sekolah bersama 100 anak-anak-asnaf zakat dari seluruh negeri Johor. Program selama 3 hari bermula pada 21 Dis – 23 Dis 2015 yang diadakan di R & R Kota Minda, Kota Tinggi menerapkan ciri-ciri kehidupan Muslim sejati ke arah melahirkan remaja yang cintakan Allah dan Rasulnya
Read more…

4,041 pelajar daerah Kluang terima bantuan pakaian sekolah MAINJ.

25 Dis 2015 – Seramai 4,041 orang pelajar daerah Kluang menerima Skim Bantuan Pakaian Sekolah bagi tahun 2016 yang melibatkan pelajar sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan Sekolah Agama Kerajaan Johor. Bantuan ini mula diedarkan melalui pembekal dan kedai panel yang dilantik di seluruh Johor mulai awal Disember 2015 bagi membolehkan para pelajar menerima kelengkapan pakaian sebelum menjelang musim baru persekolahan
Read more…

Amil Agihan Zakat terus bantu MAINJ jejaki asnaf

23 Dis 2015 – Amil Agihan Zakat MAINJ kawasan Gelang Patah, Tn Hj Salamian bin Surip meninjau keadaan sebuah keluarga yang tinggal di sebuah pondok di rezab tali air Kg Wawasan Gelang Patah. Tanpa bekalan elektrik dan menggunakan dapur kayu untuk memasak. Bantuan menduduki rumah yang lebih baik akan diusahakan disamping bantuan keperluan harian. Sumber: FB MAIJ

MAIJ gerakkan usaha memberi bantuan

MAINJ gerakkan usaha bantu Makcik Jamaeyah binti Sikos 21 Dis 2015 – Briged Ansar MAINJ hari ini mengerakan usaha membantu membersih rumah Makcik Jamaeyah yang menjadi viral di media sosial sebelum ini. # membersih kawasan sekeliling rumah. # mengecat bahagian luar dan dalam # memasang tikar getah. # menyumbang perabot asas seperti tilam, katil, dapur dan meja makan. Selain itu
Read more…

PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) Bayar Zakat Perniagaan RM12,724,800

KOTA SKANDAR, 15 DIS- Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tiga tahun kewangannya kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), berjumlah RM12,724,800.00. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menerima pembayaran bagi pihak MAIJ itu daripada Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam satu majlis ringkas di Pejabat Menteri
Read more…

Kaunter Terbuka Bantuan Zakat

Tarikh : 10 Disember 2015, Masa : 9.00 pagi 12.30 t/hari, Tempat : Balai Aktiviti, Pangsapuri JASA, Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.Jika anda memerlukan atau mengenali mereka yang memerlukan bantuan zakat dipersilakan hadir ke kaunter MAINJ.

Amil Agihan Zakat MAIJ

Apa itu Amil Agihan Zakat? Amil Agihan Zakat ialah individu yang dilantik bagi membantu Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam pengagihan wang zakat.

Makluman Projek Saham Wakaf Johor

Makluman, Projek Saham Wakaf Sekolah Tahfiz (Medik) di Kluang telah selesai kutipanya, kami dari pihak Wakaf Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang serta pewakaf-pewakaf dalam turut serta melaksanakan projek ini, Namun begitu kepada yang ingin berwakaf, Projek Saham Wakaf Johor masih lagi mempunyai 4 lagi projek yang belum selesai kutipanya, sehubungan dengan itu kepada sesiapa yang berhajat untuk berwakaf,
Read more…