Archive for 2016

Bantuan Kejadian ribut di Mersing

19 Disember 2016 – Sumbangan MAIJ berjumlah RM 9242.60 kepada mangsa-mangsa bencana alam rentetan tiupan angin ribut yang mengakibatkan kerosakan terhadap 4 buah rumah di Triang dan 2 buah rumah di Tanjung Resang, Mersing. Kerja- kerja baik pulih telah dapat disiapkan. Terima kasih pembayar zakat semua. sumber wang ZAKAT BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi TUNAIKANLAH ZAKAT ANDA

Kembara Zakat Korporat 2016 – Komitmen Anak-Anak Syarikat MAIJ bantu asnaf.

18 Disember 2016 – Tiga anak syarikat di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor iaitu MAIJ Urus Sdn Bhd, MARSAH Sdn Bhd dan MAIJ Toyyiba Sdn Bhd bergabung tenaga menjayakan Kembara Zakat Korporat selama 2 hari bermula 18 & 19 Disember 2016 ke 5 buah daerah dalam negeri Johor. Antara objektif program ini ialah mendedahkan kepada masyarakat tentang peranan MAIJ
Read more…

Program Khidmat Masyarakat (Insaniah) Daerah Kulai

Program Khidmat Masyarakat (Insaniah), Penyampaian Sumbangan Zakat dan Berkhatan Anak-anak Asnaf Daerah Kulai Tahun 2016 18 Disember 2016 – Pada hari ini juga di adakan Program Khidmat Masyarakat, Penyampaian Sumbangan Zakat dan Berkhatan Anak-anak Asnaf Daerah Kulai bertempat di Kg Murni Jaya Kulai. Terima kasih kepada pemimpin setempat dan semua yang terlibat menjayakan program kali ini. sumber wang ZAKAT BERBAGI
Read more…

Sumbangan mangsa kebakaran di Kg. Punggai Pengerang.

18 Dis 2016- Kebakaran rumah seorang nelayan En. Md Yunus bin Md Jusoh di Kg Punggai , Pengerang pada hari Sabtu 17 Disember 2016 jam 12.00 tengahari yang telah memusnahkan keseluruhan rumah dan harta benda. Bantuan segera sebanyak RM 3000 disampaikan oleh MAINJ Kota Tinggi. sumber wang ZAKAT BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi TUNAIKANLAH ZAKAT ANDA

Bantu keperluan pembedahan En Mohd Nor Akmal di HSA Johor Bahru.

11 Disember 2016-Ziarah En Mohd Nor Akmal yang mengidap kanser dan dalam masa yang sama memerlukan pembedahan bagi rawatan tulang belakang dengan kos hampir RM10,000. MAINJ akan cuba membantu dalam masa terdekat. Semoga Allah berikan kesembuhan segera kepada beliau. Sumber wang ZAKAT BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi TUNAIKANLAH ZAKAT ANDA

Bantuan mangsa Kebakaran di Kg. Punggor Darat Rengit

11 Disember 2016- Penyampaian bantuan segera kepada wakil tuan rumah Pn Mariam bt Basio, yang kediamannya terbakar di Kg Punggor Darat, Rengit Batu Pahat. Semasa kejadian Pn Mariam berada di rumah anaknya di Kota Tinggi dan menunggu masa untuk berlepas mengerjakan umrah. sumber wang ZAKAT BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi TUNAIKANLAH ZAKAT ANDA  

Khidmat Urus Wasiat di Bahagian Baitulmal MAIJ

Di Majlis Agama Islam Negeri Johor, kami menyediakan khidmat pengurusan wasiat dengan kos pengurusan yang sangat berpatutan kepada semua golongan bagi menjamin kelansungan pengurusan harta agar dapat diurus tadbir dengan berhemah dan bersistematik. Wasiat adalah sebahagian daripada kaedah pembahagian harta di dalam Islam selain Hibah, Wakaf dan Faraidh Perancangan dan pengurusan harta adalah bagi mengelakan masalah pengurusan harta dikemudian hari
Read more…

Terkini Wakaf Johor – Pelancaran MOU Dana Wakaf Pendidikan antara UTM dan MAINJ

MAINJ telah bersetuju melantik UTM sebagai Nazir Khas Dana Wakaf Pendidikan UTM. Maka, program  penjanaan dana ini berlandaskan konsep Wakaf Am melalui sumbangan dana berbentuk tunai dan harta di mana pewakaf mewakafkannya ke Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM sebagai pemegang amanah dengan niat kerana Allah S.W.T dan juga bagi tujuan kemajuan dan kepentingan ilmu sejagat. – Antara manfaat yang diberikan
Read more…