Archive for 2016

Setiap hari zakat diagih… Ziarah asnaf Mersing

Setiap hari zakat diagih… Ziarah asnaf Mersing 5 Disember 2016 1. Ziarah serta penyerahan sumbangan tunai dan kerusi roda kepada Encik Abdul Aziz bin Ibrahim di Kg Sri Pantai, Mersing. Beliau tidak berkahwin dan dijaga oleh anak saudara perempuan. 2. Bersama Ketua Kampung Sungai Muka Dua menziarahi Puan Zaitun binti Abu Bakar yang terlantar selama lebih 10 tahun. Menyampaikan sumbangan
Read more…

Penyampaian sumbangan kebakaran di Felcra Sungai Ara Kota Tinggi

Penyampaian sumbangan kebakaran di Felcra Sungai Ara Kota Tinggi 5 Disember 2016-Lawatan MAINJ Kota Tinggi ke rumah peneroka Felcra En. Samsuri bin Kadimin yang terlibat dalam kebakaran pada 4 Disember 2016 jam 9.30 malam. Punca kebakaran adalah litar pintas. Sumbangan bantuan segera RM3,000 disampaikan bagi meringankan kesusahan yang dialami. sumber wang ZAKAT BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi TUNAIKANLAH
Read more…

Jejak asnaf di Batu Pahat

Jejak asnaf di Batu Pahat 5 Disember 2016 – Sekitar ziarah asnaf di sekitar Batu Pahat terutama mereka yang sebatang kara dan memerlukan. 1. En Hamaron Ibrahim di Kg Prt Nipah Laut Prt Raja berusia 63 tahun. Berstatus bujang menerima bantuan JKM RM150 sebulan dan makan minum dibantu jiran dan penduduk kampung. 2. En Senin bin Sajam di Kg Tambak
Read more…

Ziarah Pn Asiyah dan anaknya yang menjadi viral di Media sosial

4 Disember 2016 – MAINJ Batu Pahat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ADUN Kawasan Senggarang menziarahi Puan Asiyah bt Hashim, 76 tahun yang keadaannya di viralkan di media sosial sejak semalam. Beliau telah kematian suami 6 tahun lepas dan tinggal bersama seorang anak OKU berumur 57 tahun. Sejak 2 minggu yang lalu beliau mengalami sakit kaki dan tidak dapat menguruskan
Read more…

Bantu asnaf berdikari, ubah kehidupan – TMJ

Petikan Akhbar: Berita Harian JOHOR BAHRU: Karnival Usahawan Asnaf (KUA) 2016 dapat membantu golongan itu dari kategori fakir miskin supaya dapat berdikari sehingga berjaya membentuk kelompok baharu yang dipanggil usahawan. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bertitah KUA diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan agensi mengurus zakat berusaha membangunkan asnaf. Titah
Read more…

Sekitar ziarah Jejak Asnaf di Johor Bahru

1. Pn Suryawati binti Abd Kadir, 37 tahun dari Taman Johor Jaya. Seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak berusia 14 dan 16 tahun. Menghidapi penyakit ketumbuhan ovari sejak tahun 2010. Mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail tetapi sudah setahun tidak membuat rawatan disebabkan kesempitan wang 2. Pn Katimah binti Abd Kadir, 70 tahun dari Taman Air Biru Pasir
Read more…

Pengorbanan Pn Junita Mohd Ali

Muar – Amin Baitulmal Muar menyampaikan sumbangan kepada Pn Junita binti Mohd Ali yang juga merupakan penerima bantuan sara hidup kerana tambahan bebanan perlu menjaga 2 orang anak yang dimaklumkan diabai oleh kedua ibu bapanya Muhamad Shafiq Daniel bin Khairul Faizal 13 tahun dan adiknya Muhamad Shafie Aiman 12 tahun sebelum ini ditinggalkn bersama bapa saudaranya kerana ibubapanya berpisah. Setelah
Read more…

Sekitar Ijtima’ Amil Agihan Zakat 2016

24 Nov 2016 – Seramai 93 orang amil agihan zakat dari seluruh Johor berhimpun di Johor Bahru bagi mendengar amanat dari Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, YB Dato’ Hj Noh bin Gadot berkenaan peranan dan tanggungjawab amil agihan zakat dalam memastikan tiada keciciran dalam mengenalpasti asnaf di peringkat kawasan masing-masing. Majlis dirasmikan oleh Hj Md Rofiki bin Dato’ A
Read more…