Archive for 2016

Sumbangan Zakat Dalam Pembangunan Pendidikan Masyarakat Islam Di Johor. Bahagian 2

Pengagihan zakat bagi pembangunan pendidikan ini perlu dilaksana dengan lebih menyeluruh bagi memastikan tidak hanya individu yang fakir atau miskin sahaja dapat menikmati bantuan wang zakat malahan ianya dapat dirasai oleh keseluruhan masyarakat dipelbagai peringkat melalui pelbagai program yang dilaksanakan khususnya melibatkan asnaf fi sabilillah. Secara keseluruhannya sumbangan wang zakat kepada program pendidikan adalah sangat besar dan meliputi pelbagai aspek
Read more…

Sumbangan Zakat Dalam Pembangunan Pendidikan Masyarakat Islam Di Johor. Bahagian 1

Umum mengetahui apabila disebut wang zakat ianya akan berkait dengan agihan zakat kepada asnaf zakat yang lapan iaitu fakir, miskin, muallaf, amil, gharimin, riqab, ibnu sabil dan fi sabilillah. Peruntukan kepada setiap asnaf tidak sama banyak dan ianya ditetapkan berdasarkan kepada keutamaan dan juga keperluan setiap asnaf di Johor berdasarkan kepada kebenaran Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor. Pada tahun 2016, MAINJ
Read more…

Pembentangan Bajet Johor 2017

Pembentangan Bajet Johor 2017, akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2016, Jam 9.00 pagi. Berikut adalah maklumat lanjut hebahan tersebut: http://www.johor.gov.my/kerajaan/bajet-johor/tahun-2017 Berikut adalah Link Live Streaming Facebook MB

Aktiviti: Kejohanan Piala Berkat Edisi 2016

Pada 12 & 13 November 2016, Majlis Agama Islam Negeri Johor(MAIJ) telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Piala Berkat edisi 2016. Penganjuran kejohanan ini merupakan salah satu platform untuk merapatkan hubungan silaturahim antara negeri-negeri khususnya bagi agensi-agensi mengurus zakat di Malaysia. Sebanyak 11 pasukan telah menyertai kejohanan pada kali ini.

Program Insaniah di Kg Melayu Batu 4 Paloh Kluang

13 Nov 2016 – Pada hari yang sama juga MAINJ Daerah Kluang hari ini turun padang ke Kg Melayu Batu 4 Paloh Kluang bersama masyarakat dalam Program Khidmat Masyarakat Insaniah. Selain ziarah dan penyampaian bantuan kepada asnaf, turut disampaikan bantuan basikal kepada pelajar dan juga membersih kawasan perkuburan. Kaunter penerangan bantuan zakat turut diadakan.

Transformasi Minda : 200 asnaf daerah Muar dan Pontian sertai program kenali potensi diri.

13 Nov 2016 – Seramai 200 asnaf produktif menyertai Program Transformasi Minda : Kenali Potensi Diri di dua daerah Pontian dan Muar minggu ini. Program ini bertujuan membantu dan membimbing para asnaf dalam mengatasi masalah tekanan bukan saja dari segi pengurusan keluarga malah pngurusan kewangan seterunya menyerlahkan kebolehan diri masing-masing.

Program Insaniah temui masyarakat di Kg Bukit Bendar Bukit Kepong Muar

13 Nov 2016 – Seramai 20 anggota MAINJ daerah Muar hari ini turun padang ke Kg Bukit Bendar Bukit Kepong Muar dalam Program Insaniah Khidmat Masyarakat pagi ini. Di ketuai oleh Amin Baitulmal Muar, pelbagai aktiviti kebajikan dilaksanakan : # membersih kawasan perkuburan Islam # baikpulih dan mengecat rumah asnaf # ziarah asnaf # penyampaian sumbangan zakat. # penyerahan rumah
Read more…

Majlis Taklimat Penerima Baru Bantuan MAINJ

13 Nov 2016 – Satu majlis taklimat kepada penerima-penerima bantuan MAINJ yang baru diluluskan peringkat daerah Johor Bahru diadakan di Dewan Pusat Perlindungan Wanita Taman Perling pagi ini. Seramai 60 penerima hadir terdiri daripada penerima bantuan sara hidup bulanan dan perubatan bulanan. Amin Baitulmal Johor Bahru menyampaikan tazkirah kepada para penerima dalam majlis tersebut. Seramai 2,960 orang dari daerah Johor
Read more…