Archive for January, 2016

1,300 pelajar sekolah agama Daerah Kulai terima bantuan yuran

31 Jan 2016 – Sekitar Majlis Penyampaian Bantuan Yuran Sekolah Agama Peringkat Daerah Kulai hari ini. Bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Hj Md Rofiki bin Dato’ Hj Shamsudin. Dalam majlis ini sebanyak RM 45,400.00 diserahkan kepada 454 pelajar yang diwakili oleh para guru.

2 buah rumah di baikpulih dalam Program Insaniah di Endau Mersing.

Program Insaniah ( Khidmat Masyarakat ) anggota MAINJ bersama penduduk Kampung Londang Batu dan Buloh Betong Endau Mersing. Antara Aktiviti : ziarah rumah asnaf, baikpulih 2 buah rumah asnaf, penyampaian sumbangan kepada 50 fakir miskin, sumbangan basikal kepada 70 pelajar miskin.

Bantuan Segera: Kebakaran di Kg. Mersing Kanan, Mersing.

27 Jan 2016 – Sebanyak 3 buah rumah hangus dalam kebakaran di Mersing Kanan semalam. Hari ini wakil MAINJ Daerah Mersing menyampaikan sumbangan segera bagi meringankan beban mereka yang ditimpa musibah ini.

Jejak Asnaf Daerah Tangkak : 42 asnaf berjaya diziarah

19 Jan 2016 – Sebanyak 42 rumah asnaf dapat dilawati hari ini di kawasan Sagil dan taman-taman perumahan sekitarnya, Felda Sri Jaya, Felda Sri Ledang dan berakhir di Kg Durian Condong Tangkak. Syukur, dapat berjumpa dan bertanya keperluan mereka seperti keperluan membaikpulih rumah, perubatan, sara hidup, peralatan berdikari dan persekolahan anak.

Mudah-mudahan Adik Muhammad Hariz Qhaliff diberi kesembuhan segera

Maklumat yang diterima dari Unit Taksiran IJN, KKM akan menanggung kos rawatan adik Muhammad Hariz Qhaliff sebanyak RM55,000.00. Manakala MAINJ akan menanggung bakinya sebanyak RM 5,000.00. Semoga pembedahan yang akan berjaya dan berjalan lancar. Terima kasih pembayar zakat.

Pengagihan wang zakat kepada 130 fakir miskin kawasan Bukit Kepong

Dalam satu majlis yang lain seramai 130 fakir dan miskin di Kg Tui Bukit Kepong dan sekitarnya menerima sumbangan MAINJ hari ini. Seramai 30 pelajar kurang berkemampuan turut menerima sumbangan basikal dan beg sekolah dari MAINJ. YB Dato Hj Noh bin Gadot turut sempat menyampaikan amanat kepada penerima supaya lebih mendekatkan diri kepada Allah dalam menangani ujian kesusahan dan sentiasa
Read more…

Jejak Asnaf di Mukim Bukit Kepong

13 Jan 2016 – Bermula awal pagi hari ini, seramai 35 asnaf berjaya di ziarah di sekitar Mukim Bukit Kepong Muar dalam usaha mengesan seramai mungkin golongan yang memerlukan. Penasihat MAINJ, YB Dato’ Hj Noh bin Gadot mengetuai misi kali ini. Antara keperluan yang dikenalpasti : pembinaan rumah uzur, baikpulih rumah uzur, kos rawatan perubatan, penyambungan bekalan elektrik / air,
Read more…

Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Parlimen Tanjung Piai Pontian.

13 Jan 2016 – Penyerahan wang bantuan yuran pelajar Sekolah Agama Kerajaan Johor kepada wakil sekolah untuk 622 pelajar kurang berkemampuan dalam parlimen Tanjung Piyai. Terima kasih pembayar zakat.