Archive for February, 2016

Bantuan Segera: Kebakaran di Peserai Batu Pahat.

23 Feb 2016 – Pen. Amin Baitulmal Daerah Batu Pahat menyampaikan sumbangan segera kepada keluarga En Khalidi bin Atan di Peserai Batu Pahat semalam. MAINJ akan mempertimbangkan bantuan selayaknya kepada beliau dan keluarganya.

Program Insaniah dekati masyarakat hingga akar umbi

21 Februari 2016 – Turun padang mendekati masyarakat dan asnaf merupakan usaha berterusan MAINJ memastikan kesejahteraan umat Islam di negeri Johor. Bertempat di Kg Sagil Prt 3 hari ini program khidmat masyarakat ini diteruskan bagi membantu 35 keluarga yang memerlukan termasuk membina baru sebuah rumah dan membaikpulih 2 buah rumah. Seramai 50 orang pelajar juga menerima bantuan basikal. Selain itu
Read more…

Bantuan Segera: kebakaran di Kg Parit Jerman, Pontian.

17 Februari 2016 – Sebuah rumah milik ibu tunggal yang mempunyai anak OKU musnah dalam satu kebakaran di Kg Parit Jerman, Pontian semalam. Pen Amin Baitulmal Pontian menyampaikan sumbangan segera pada pagi ini dan MAINJ akan membantu membina semula rumah ini secepat mungkin. Nota : Bantuan Segera MAINJ disediakan untuk mereka yang ditimpa kesusahan mengejut seperti hilang mata pencarian, kesusahan
Read more…

Pasukan MAINJ bergerak di seluruh Johor setiap hari…

Program Jejak Asnaf dilaksana secara berterusan walaupun tidak di papar semuanya di dalam FB ini. Kami di MAINJ akan terus istiqamah untuk memastikan asnaf zakat dapat disantuni sebaik mungkin. sekitar ziarah ke rumah-rumah asnaf memerlukan yang sempat dirakamkan pada hari ini 16 Feb 2016 di Batu Hampar Pontian dan Kg Jawa Kota Tinggi. Laman FB Majlis Agama Islam Negeri Johor

Program Insaniah : Bersama penduduk Kampung Lubok Kepong Mukim Gemas Segamat.

16 Februari 2016 – Seramai 50 anggota MAINJ menyertai Program Insaniah Khidmat Masyarakat di Kg Lubok Kepong Segamat yang bermula sejak awal pagi hari ini. Antara aktiviti pada kali ini ialah membersih kawasan kubur dan membaikpulih 2 buah rumah penduduk kampung yang telah uzur. Selain itu sempat juga menziarahi 5 buah rumah asnaf dan menyampaikan sumbangan kepada 30 fakir miskin
Read more…

Sesi Taklimat Dan Penerangan Bancian Fakir Miskin Fitrah 2016M/1437H Kepada Amil Fitrah Seluruh Johor.

Sebanyak 10 Siri Taklimat Dan Penerangan Bancian Fakir Miskin di adakan di setiap daerah dalam negeri Johor dalam bulan Februari ini. Seramai 1650 orang amil fitrah dan ketua kampung terlibat dalam majlis taklimat ini. Antara penekanan yang perlu diberi perhatian ialah: 1. Kriteria fakir dan miskin yang layak menerima bantuan zakat ( Bantuan Hari Raya ). 2. Memastikan tiada fakir
Read more…

MAINJ usaha bantu keluarga En Zailan bin Mohd Aris untuk bina kediaman baru.

15 Feb 2016 – Pen Amin Baitulmal Kluang Ustaz Hj Luqmanulhakim bin Abdul Rahman meninjau keluarga En Zailan yang hidup dalam kedaifan sebagaimana diberitakan di akhbar. Keadaan rumah yang daif tanpa bekalan elektrik dan air sejak 10 tahun yang lalu. Ketika lawatan ibu beliau membenarkan untuk dibina rumah di atas tanah miliknya. MAINJ akan mengusahakan bantuan bina baru rumah 3
Read more…

Bantuan Segera: Kebakaran di Kg. Melayu Raya Pontian.

15 Feb 2016 – Pen Amin Baitulmal Pontian menyampaikan bantuan segera kepada tuan rumah yang ditimpa musibah kebakaran. Semoga Allah mempermudahkan urusan keluarga ini.