Archive for February, 2016

Amil Agihan Zakat bantu MAINJ kesan asnaf di kawasan Mukim Gelang Patah.

11 Feb 2016 – Seramai 153 penerima terdiri daripada 100 pelajar kurang berkemampuan dan 53 fakir miskin sekitar Mukim Gelang Patah menerima sumbangan zakat daripada MAINJ hari ini dalam satu majlis yang diadakan di Dewanraya Lima Kedai. Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ mengucapkan terima kasih atas peranan yang dimainkan Amil Agihan Zakat yang banyak membantu mengesan asnaf yang memerlukan.
Read more…

Bantuan Segera: Kebakaran di Kg. Puteri Menangis, Pontian

9 Feb 2016 – Ziarah dan sedikit sumbangan untuk keluarga Hj Tumijan bin Kassim dari Kg Puteri Menangis Benut yang terlibat dengan kebakaran semalam. Ust Hj Rilizam bin Rosli, Amin Baitulmal Pontian menyampaikan sumbangan segera bagi keperluan keluarga ini pagi ini. Semoga Allah permudahkan dan diberi kesabaran kepada mereka.

1,637 pelajar dari 32 buah Sekolah Agama di Mersing terima bantuan yuran sekolah.

2 Jan 2016 – Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tn Hj Md Rofiki bin Dato’ Hj A Shamsudin menyampaikan bantuan yuran sekolah peringkat daerah Mersing kepada pelajar-pelajar Sekolah Agama dari 32 buah sekolah. Cek sumbangan disampaikan kepada Guru Besar setiap sekolah bagi disampaikan kepada para pelajar.

Wakaf: Makluman kepada Pewakaf

Makluman kepada Pewakaf Bagi pewakafan melalui pemindahan wang @ Deposit Tunai