Archive for February 16th, 2016

Pasukan MAINJ bergerak di seluruh Johor setiap hari…

Program Jejak Asnaf dilaksana secara berterusan walaupun tidak di papar semuanya di dalam FB ini. Kami di MAINJ akan terus istiqamah untuk memastikan asnaf zakat dapat disantuni sebaik mungkin. sekitar ziarah ke rumah-rumah asnaf memerlukan yang sempat dirakamkan pada hari ini 16 Feb 2016 di Batu Hampar Pontian dan Kg Jawa Kota Tinggi. Laman FB Majlis Agama Islam Negeri Johor

Program Insaniah : Bersama penduduk Kampung Lubok Kepong Mukim Gemas Segamat.

16 Februari 2016 – Seramai 50 anggota MAINJ menyertai Program Insaniah Khidmat Masyarakat di Kg Lubok Kepong Segamat yang bermula sejak awal pagi hari ini. Antara aktiviti pada kali ini ialah membersih kawasan kubur dan membaikpulih 2 buah rumah penduduk kampung yang telah uzur. Selain itu sempat juga menziarahi 5 buah rumah asnaf dan menyampaikan sumbangan kepada 30 fakir miskin
Read more…

Sesi Taklimat Dan Penerangan Bancian Fakir Miskin Fitrah 2016M/1437H Kepada Amil Fitrah Seluruh Johor.

Sebanyak 10 Siri Taklimat Dan Penerangan Bancian Fakir Miskin di adakan di setiap daerah dalam negeri Johor dalam bulan Februari ini. Seramai 1650 orang amil fitrah dan ketua kampung terlibat dalam majlis taklimat ini. Antara penekanan yang perlu diberi perhatian ialah: 1. Kriteria fakir dan miskin yang layak menerima bantuan zakat ( Bantuan Hari Raya ). 2. Memastikan tiada fakir
Read more…

MAINJ usaha bantu keluarga En Zailan bin Mohd Aris untuk bina kediaman baru.

15 Feb 2016 – Pen Amin Baitulmal Kluang Ustaz Hj Luqmanulhakim bin Abdul Rahman meninjau keluarga En Zailan yang hidup dalam kedaifan sebagaimana diberitakan di akhbar. Keadaan rumah yang daif tanpa bekalan elektrik dan air sejak 10 tahun yang lalu. Ketika lawatan ibu beliau membenarkan untuk dibina rumah di atas tanah miliknya. MAINJ akan mengusahakan bantuan bina baru rumah 3
Read more…

Bantuan Segera: Kebakaran di Kg. Melayu Raya Pontian.

15 Feb 2016 – Pen Amin Baitulmal Pontian menyampaikan bantuan segera kepada tuan rumah yang ditimpa musibah kebakaran. Semoga Allah mempermudahkan urusan keluarga ini.

Amil Agihan Zakat bantu MAINJ kesan asnaf di kawasan Mukim Gelang Patah.

11 Feb 2016 – Seramai 153 penerima terdiri daripada 100 pelajar kurang berkemampuan dan 53 fakir miskin sekitar Mukim Gelang Patah menerima sumbangan zakat daripada MAINJ hari ini dalam satu majlis yang diadakan di Dewanraya Lima Kedai. Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ mengucapkan terima kasih atas peranan yang dimainkan Amil Agihan Zakat yang banyak membantu mengesan asnaf yang memerlukan.
Read more…