Archive for March, 2016

Perkembangan status pembinaan 32 rumah bantuan zakat di Jalan Tok Wan Tenglu Mersing.

Fasa akhir pembinaan sedang rancak berjalan. Penerima yang berkelayakan dijangka dapat mendiami rumah ini menjelang Mei 2016. (Gambar) Gambar-gambar dari Facebook MAIJ

Bantuan kepada Adik Rusyaidi bin Rosli

27 Mac 2016 – Mengalami masalah usus dan memerlukan kos pembelian beg stoma dan bedak khusus. MAIJ akan bantu kos rawatan adik Rusyaidi yang berusia 5 bulan semoga diberi kesembuhan segera.

Bantuan Perubatan

27 Mac 2016 – Menziarahi Pn. Noriah binti Md Yaacob yang mengalami sakit tulang belakang akibat kemalangan 2 tahun lalu. Beliau tidak mampu bergerak sendiri. Kos pembedahan dianggarkan RM8,500 namun belum ada jaminan untuk pulih. Doakan semoga beliau cepat pulih dan tidak berputus asa. MAIJ akan membantu kos perubatan bulanan beliau.

Wakaf: Menerima Lawatan kerja dari MAIWP & MAIK

1. Lawatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Pada 20 Mac 2016 (Ahad), pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah membuat lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat berkaitan Saham Wakaf dan Wakaf Saham yang telah dilaksanakan oleh MAIJ. Taklimat ini disampaikan oleh Ustaz Mustapahayuddin bin Abdul
Read more…

Aktiviti Bergambar : Sekitar aktiviti Kaunter Permohonan Zakat di Kangkar Pulai

17 Mac 2016 – Sekitar Aktiviti kaunter permohonan bantuan zakat di Kangkar Pulai.

Ziarah keluarga En Ghazali Atan di Taman Universiti JB.

17 Mac 2016 – Selepas mendapat info dari sahabat-sahabat FB pagi hari ini, Pen Amin Baitulmal Johor Bahru menziarahi keluarga En Ghazali Atan yang di maklumkan hidup dalam kedhaifan di Taman Universiti. Mengikut maklumannya beliau bekerja tetap tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan sewa rumah dan perbelanjaan keluarga. Insya Allah bantuan sara hidup bulanan serta persekolahan anak-anaknya akan dibantu. Terima
Read more…

Angin kencang terbangkan bumbung rumah Ibu Tunggal

16 Mac 2016 – Bumbung sebuah rumah di Perumahan Lima Kedai milik seorang ibu tunggal mengalami kerosakan selepas ditiup angin kencang kira-kira jam 3.30 petang tadi. Pen Amin Baitulmal Johor Bahru dan Amil Agihan Zakat Gelang Patah segera menziarahi dan menyampaikan sumbangan dan baikpulih dilakukan serta merta supaya tidak dimasuki air jika hujan lebat.

Lebih 100 pelajar hadir ke Taklimat Penyambungan Pengajian Timur Tengah.

14 Mac 2016 – Majlis Taklimat Penyambungan Pengajian Ke Timur Tengah dihadiri lebih 100 orang pelajar dari seluruh negeri Johor. Mereka juga turut ditemani ibu bapa yang datang memberi sokongan dan membantu anak-anak membuat pilihan yang lebih tepat. Majlis berlangsusng di Dewan Pusat Perlindungan Wanita MAINJ Taman Perling. Antara pengisian majlis taklimat : # Penerangan Syarat Dan Kaedah Permohonan #
Read more…