Archive for February, 2017

bantuan

1155 pelajar dalam Parlimen Muar terima bantuan awal tahun persekolahan – RM 571,144.55 diagihkan.

20 Februari 2017 – Sekitar Majlis Penyampaian Bantuan Awal Tahun Persekolahan 2017 bagi Parlimen Muar di Sekolah Agama Prt Kadhi Muar. Sebanyak RM 571,144.55 diperuntukkan bagi 1155 pelajar yang layak di dalam Parlimen Muar. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Hj Razali bin Hj Ibrahim, Ahli Parlimen Muar serta guru-guru sekitar Muar.

2 minggu menyewa di belakang kedai. Ibu dan anak-anak perlu rumah yang selesa.

20 Februari 2017 – Hasil makluman pemimpin setempat hari ini ziarah ke penempatan Pn Norhidayah bte S Berry, 25 tahun yang mempunyai 5 orang anak 2 daripadanya belum didaftarkan dan tidak bersekolah. Mempunyai suami tetapi berpendapatan tidak menentu. Menyewa di belakang kedai dengan keluasan 4 x 13 tanpa bilik air dan dapur. MAINJ menyampaikan sumbangan segera dan akan membantu deposit
Read more…

Meneruskan ziarah keluarga mangsa kemalangan basikal

Penolong Amin Baitulmal Johor Bahru, Tn Hj Luqmanul Hakim Abdul Rahman menyelesaikan ziarah dan penyampaian sumbangan kepada semua keluarga yang anak mereka terlibat dalam kemalangan basikal kelmarin sehingga jam 8.30 malam ini. Betapa semua keluarga ini terasa kehilangan anak yang mereka kasihi. Mereka yang kami ziarahi, tersimpan kisah kasih tersendiri terhadap anak-anak yang terkorban ini.  *MAINJ bersetuju menyumbang RM1,000 kepada
Read more…

Ziarah keluarga mangsa kemalangan basikal Lingkaran Dalam

19 Februari 2017 – YB Tuan Hj  Abd Mutalip Abd Rahim meluangkan masa menziarahi 2 keluarga yang anak mereka terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru kelmarin. Menyampaikan ucapan takziah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor serta sumbangan ikhlas kepada keluarga terlibat. MAINJ bersetuju menyumbang RM1,000 kepada setiap keluarga yang terlibat di dalam kejadian tersebut. Semoga yang
Read more…

Sekitar Penyampaian Bantuan Awal Tahun Persekolahan 2017 Bagi Parlimen Pontian.

16 Februari 1017 – RM 689,085.00 diagihkan bagi 4 kategori bantuan awal tahun persekolahan meliputi : bantuan pakaian sekolah. bantuan khas persekolahan. bantuan makanan sihat. sumbangan Badan Kebajikan Sekolah Agama. ADUN Benut turutbhadir mwmriahkan majlis penyampaian yang diadakan di Sek Agama Seri Senang Hati Benut hari ini.

RM 1,328,046.00 agihan bantuan awal tahun persekolahan 2017 daerah Mersing.

16 Februari 2017 – Seramai 3,388 pelajar daerah Mersing menerima bantuan pakaian sekolah yang meliputi pelajar sekolah kebangsaan, menengah dan sekolah agama bagi tahun 2017. Dalam satu majlis di Sekolah Agama Bandar Endau hari ini sebanyak RM1.32 juta diperuntukkan untuk bantuan tersebut termasuk bantuan makanan sihat pelajar sekolah agama dan juga bantuan khas persekolahan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ADUN
Read more…

Sekitar Program Penyampaian bantuan Masyarakat Rohingnya di Daerah Kulai

Seramai 300 ketua keluarga komuniti Rohingya di daerah Kulai menerima sumbangan khas MAINJ dalam usaha membantu kesempitan di kalangan mereka . Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Md Rofiki bin Dato’ Haji A. Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ diiringi oleh Amin Baitulmal Daerah Kulai . Sebelum ini MAINJ juga turut membantu menyedia pusat tarbiah bagi kelas-kelas agama anak-anak Rohingya supaya pendidikan
Read more…

bantuan

Ziarah kebakaran di Taman Puteri, Kluang.

13 Februari 2017 – Ziarah dan penyerahan bantuan awal bencana kebakaran oleh Amin Baitulmal Kluang kepada pemilik rumah Encik Youseri. Bantuan kecemasan sebanyak RM3,000 diserahkan bagi meringankan kesusahan yang ditanggung.