Archive for March, 2017

104 calon mahasiswa Al Azhar ikuti Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara

29 Mac 2017 – Seramai 104 calon mahasiswa Universiti Al Azhar Mesir menamatkan kursus 6 hari di bawah Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara di Kem BTN Gunung Pulai bermula 25 Mac 2017. Mereka terdiri daripada pelajar lepasan STAM yang diurus permohonan melanjutkan pengajiannya oleh MAINJ. Peserta juga turut diberi maklumat yang jelas berkaitan Manhaj Ahlussunnah Wal Jamaah disamping penerangan
Read more…

bantuan

Keluarga En Mohd Nor telah disantuni sebelum ini dan akan terus dibantu.

Tidak dinafikan kuasa viral sangat berkesan untuk menyampaikan sesuatu atau mendapatkan reaksi pelbagai masyarakat. Namun dalam kes En Mohd Nor bin Ismail yang menjaga seorang ibu tua dan ayah yang juga uzur telah tular di media sosial baru-baru ini telah pun mendapat perhatian MAINJ sebelumnya lagi. Amil Agihan MAINJ Kawasan Pulai En Zaini bin Sinong telah menziarahinya dan menyampaikan bantuan.
Read more…

Program Insaniah MAIJ

Program Insaniah MAIJ Peringkat daerah Tangkak

Program Insaniah Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor Peringkat daerah Tangkak telah diadakan di Masjid Jamek Kampung Relau, Asahan, Tangkak pada 19 Mac 2017 / 20 Jamadilakhir 1438. Program Insaniah merupakan program khidmat masyarakat yang dianjurkan bertujuan mempertingkatkan imej dan peranan MAINJ sebagai agensi yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat Islam. Melalui program ini, warga MAINJ dengan kerjasama penduduk setempat dapat
Read more…

Majlis Pecah Tanah Perkampungan Asnaf Darul Ikhsan Simpang Renggam.

14 Mac 2017 – Y.A.B Dato’ Haji Mohamed Khaled bin Haji Nordin, Menteri Besar Johor meluangkan masa ke Majlis Pecah Tanah Perkampungan Asnaf Darul Ikhsan di Kampung Shari, Simpang Renggam. Sebanyak 30 unit rumah akan dibina bagi menempatkan asnaf yang layak terutama mereka yang menghadapi masalah tempat tinggal. Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ turut menyampaikan taklimat ringkas berkenaan pelaksanaan projek tersebut
Read more…

Seminar Pengurusan Harta Pusaka Dan Wasiat di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Seminar Pengurusan Harta Pusaka Dan Wasiat di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Penambahbaikan berterusan penyampaian bantuan zakat kepada asnaf.

Johor Bahru – Seramai 60 pegawai agihan zakat dari seluruh daerah berhimpun di Johor Bahru bagi mendengar amanat daripada Tuan Hj Md Rofiki bin Dato’ Hj A Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ berkenaan penambahbaikan kepada proses pengurusan bantuan zakat kepada asnaf. Selain itu dasar-dasar baru berkaitan bantuan zakat juga turut disampaikan bagi memastikan mereka memohon dipertimbangkan mengikut kelayakan yang sebenar.
Read more…

Menyantuni asnaf sekitar Batu Pahat

14 Mac 2017 – Ziarah dan menyampaikan sumbangan oleh MAINJ Batu Pahat : 1. Penyerahan bantuan sara hidup kepada En Misman bin Tukirin di Kampung Seri Rejo Sari. 2. Serahan Bantuan Bencana Alam, kebakaran Rumah Di Pt Hj Salleh Khairon oleh Amin Baitulmal Batu Pahat. Turut sama menyampaikan sumbangan YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, ADUN Semarang.

Bank Islam Malaysia Berhad serah zakat perniagaan RM 571,066.25

Bank Islam Malaysia Berhad serah zakat perniagaan RM 571,066.25