Archive for March 14th, 2017

Penambahbaikan berterusan penyampaian bantuan zakat kepada asnaf.

Johor Bahru – Seramai 60 pegawai agihan zakat dari seluruh daerah berhimpun di Johor Bahru bagi mendengar amanat daripada Tuan Hj Md Rofiki bin Dato’ Hj A Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ berkenaan penambahbaikan kepada proses pengurusan bantuan zakat kepada asnaf. Selain itu dasar-dasar baru berkaitan bantuan zakat juga turut disampaikan bagi memastikan mereka memohon dipertimbangkan mengikut kelayakan yang sebenar.
Read more…

Menyantuni asnaf sekitar Batu Pahat

14 Mac 2017 – Ziarah dan menyampaikan sumbangan oleh MAINJ Batu Pahat : 1. Penyerahan bantuan sara hidup kepada En Misman bin Tukirin di Kampung Seri Rejo Sari. 2. Serahan Bantuan Bencana Alam, kebakaran Rumah Di Pt Hj Salleh Khairon oleh Amin Baitulmal Batu Pahat. Turut sama menyampaikan sumbangan YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, ADUN Semarang.