Archive for April, 2017

Swj

Jom berwakaf

“SAHAM WAKAF JOHOR” merupakan satu skim di mana masyarakat Islam membeli saham dengan harga RM10 seunit daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Seterusnya mewakafkan Saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat Islam. Layari laman e-wakafjohor untuk Maklumat lanjut :http://www.e-wakafjohor.gov.my

Jejak Asnaf sekitar Johor Bahru

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma “ ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat
Read more…

kit jenazah

Kit Pengurusan Jenazah – Bantu ringankan beban pengurusan jenazah Muslim.

MAINJ melalui Bahagian Baitulmal mengagihkan 250 kit pengurusan jenazah ke hospital kerajaan di seluruh negeri Johor secara berperingkat. Ianya bertujuan meringankan beban waris simati yang tidak berkemampuan mengurus jenazah serta jenazah yang tidak mempunyai waris. “Baitulmal menjana sosio ekonomi ummah”.

Ziarah pesakit buah pinggang di Batu Pahat

19 April 2017 – Lawatan ke Pusat Dialisis Sinar di Bangunan Wakaf Batu Pahat melihat keadaan pesakit yang menerima bantuan rawatan MAINJ.

bantuan

Bantu keperluan perubatan asnaf

Sekitar ziarah asnaf yang memerluan bantuan perubatan dindaerah Johor Bahru. 1. En. Aziman bin Sipon, 56 tahun mengidap sakit asma yang kronik dan pernah menjalani pembedahan untuk lancarkan peroses penafasan. Sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori dan setelah sakit tiada sumber pendapatan. Memerlukan lampin pakai buang, susu khas, tiub saluran makanan dan lainlain peralatan kerana kini terlantar. 2. Pn. Melah
Read more…

pelajarmesir2017

101 pelajar anak Johor berlepas ke Mesir.

16 April 2017 – Seramai 101 pelajar di bawah pengurusan MAINJ berlepas ke Mesir bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Al Azhar dalam 2 penerbangan pada 15 dan 16 April 2017. Kesemua mereka menerima sumbangan tiket penerbangan di bawah Asnaf Ibnu Sabil akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan Ulum Islamiah. Ketibaan mereka di Mesir disambut oleh Jawatankuasa
Read more…

bantu

Penempatan lebih baik untuk Pakcik Zainindin di Mersing.

15 April 2017 – Kisah Pak Cik Zainindin ini pernah dimuatkan di muka akhbar ketika dibantu oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor sebelum ini kerana rumahnya yang usang terletak jauh dariapada penempatan orang kampung. Kini setelah dipindahkan ke rumah orang-orang tua tidak berwaris, MAINJ mendahulukan bantuan dengan barang-barang keperluan dapur rumah serta bantuan sara hidup bulanan.

Aktiviti : Majlis Amanat dan Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar-pelajar Johor yang melanjutkan Pelajaran ke Mesir Sesi 2017

Majlis Agama Islam Negeri Johor telah dipertanggungjawabkan bagi mengurus pelajar-pelajar Johor yang akan melanjutkan pelajaran ke Timur tengah bagi sesi 2017. Seramai 101 orang pelajar telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Mesir pada kali ini.  Satu Majlis Amanat dan Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar-pelajar Johor telah diadakan pada 11 April 2017 bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Sultan
Read more…

Forum: “Meraih Ganjaran Pahala Berterusan”

Warga Kluang dijemput hadir ke majlis Forum: “Meraih Ganjaran Pahala Berterusan” yang akan diadakan di Masjid Felda Ulu Dengar, Kluang pada 10 April 2017, Berikut Maklumat lanjut :

wasiat

Khidmat Pengurusan Wasiat

Di Majlis Agama Islam Negeri Johor, kami menyediakan khidmat pengurusan wasiat dengan kos pengurusan yang sangat berpatutan kepada semua golongan bagi menjamin kelansungan pengurusan harta agar dapat diurus tadbir dengan berhemah dan bersistematik. Wasiat adalah sebahagian daripada kaedah pembahagian harta di dalam Islam selain Hibah, Wakaf dan Faraidh Perancangan dan pengurusan harta adalah bagi mengelakan masalah pengurusan harta dikemudian hari
Read more…

bantuan kulai

Program Khidmat Masyarakat (Insaniah) dan Penyampaian Bantuan Zakat Peringkat Daerah Kulai

Program Khidmat Masyarakat (Insaniah) dan Penyampaian Bantuan Zakat Peringkat daerah Kulai telah diadakan di Masjid Al-Hakim, Kampung Ulu Choh, Kulai pada hari Ahad 2 April 2017 yang lalu. Program Insaniah merupakan program khidmat masyarakat yang dianjurkan bertujuan mempertingkatkan imej dan peranan MAINJ sebagai agensi yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat Islam. Melalui program ini, warga MAINJ dengan kerjasama penduduk setempat dapat
Read more…