Archive for May, 2017

bp

Ziarah Puan Saniah bte Bonjani di Jln Kampung Bukit Batu Pahat.

31 Mei 2017 – Melihat sendiri keadaan tempat tinggal Pn Saniah di Jln Kampung Bukit, Tmn Bandar Batu Pahat sebagaimana yang diberitakan. Beliau mengakui redha dengan kehidupannya. MAINJ Batu Pahat menyampaikan sumbangan kewangan dan akan membantu menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa secepat mungkin.

Bantu ibu 7 anak ditinggalkan suami.

Sebagaimana tersiar di akhbar semalam, MAINJ Daerah Kluang berziarah ke kediaman Pn Shilla bt Borhan di Kg Gunung Lambak 2, Kluang. Beliau diberitakan ditinggalkan suaminya dan kini menanggung beban menyara 7 anak manakala seorang masih dalam kandungan. Bantuan segera kewangan dan barangan makanan telah dihulurkan bagi meringankan beban beliau. MAINJ akan membantu sara hidup bulanan beliau sekeluarga.

Bantuan hari raya

Bantuan Hari Raya kepada Fakir dan Miskin 1438H / 2017M

Seramai 62,334 orang fakir dan miskin serta tanggunggannya akan menikmati bantuan hari raya sebelum menjelang Aidilfitri yang diserahkan melalui Amil Kariah. Berikut adalah info Bantuan Hari Raya kepada Fakir dan Miskin bagi tahun 1438H / 2017M :

Akhbar

Makluman kes En Amran bin Jabar yang tersiar di akhbar

30 Mei 2017 – Sebagaimana tersiar di akhbar hari ini dimaklumkan bahawa En Amran bin Jabar adalah penerima bantuan sara hidup MAINJ RM300.00 mulai Julai 2013. Ekoran dari berita yang tersiar MAINJ menziarahi semula keluarga ini dan melihat keperluan tambahan untuk dibantu.

bantu

Ziarah keadaan Pn. Ramlah binti Md Isa di Kg. Jabi Satu Segamat

28 Mei 2017 – Melihat keadaan sebenar Pn Ramlah binti Md Isa di rumahnya di Kg Jabi Segamat seperti yang tular di media sosial ketika ini. Penolong Amin Baitulmal Segamat menyampaikan sumbangan segera untuk keperluan keluarga beliau. Pn Ramlah mengidap angin agmar sejak 3 tahun yang lalu dan kini terlantar di rumah. Suaminya seorang OKU pendengaran bekerja mengambil upah menoreh
Read more…

Bantuan

Bantu mangsa kebakaran di Kg Prt Sempadan Laut Batu Pahat.

28 Mei 2017 – Penyerahan bantuan segera kepada Pn. Sawiyah Binti Johara di Kg. Parit Sempadan Laut, Parit Raja Batu Pahat selepas kediamannya musnah dalam kebakaran pada 26 Mei 2017.

fitrah2017

MAINJ tetapkan zakat fitrah RM7

JOHOR BAHRU 22 Mei – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan kadar zakat fitrah lebih rendah pada tahun ini, iaitu RM7 berbanding RM8 pada tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalib Abd. Rahim berkata, kadar tersebut ditetapkan berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri ini pada kadar timba­ngan satu gantang Baghdad
Read more…

Bantu Adik Aqil Adli bin Hamzah di Kulai

22 Mei 2017 – Susulan kes laporan di akhbar Sinar Harian hari ini, MAINJ Kulai segera menziarahi Adik Aqil Adli bin Hamzah di Taman Putri Kulai dan menyampaikan bantuan segera bagi keperluan perubatannya. MAINJ juga akan membantu perubatan bulanan beliau seterusnya.

bantuan muar

Ziarah asnaf sekitar Mukim Seri Menanti, Muar

22 Mei 2017 – Menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan harian dan tunai kepada 3 asnaf di sekitar Mukim Seri Menanti Muar. Zakat menggembirakan mereka untuk menyambut Ramadhan tidak lama lagi. Tuan Pegawai Daerah Muar, ADUN Sg Balang dan Amin Baitulmal Muar turut turun padang menyantuni para asnaf.

Bantuan perubatan

Skim Bantuan Perubatan MAIJ

Info Skim Bantuan Perubatan MAIJ

Sara hidup

Bantuan sara hidup bulanan

Info Bantuan sara hidup bulanan MAIJ

133 terima tawaran diami rumah transit MAINJ secara percuma di Tmn Cendana Pasir Gudang.

18 Mei 2017 – Pada hari ini seramai 133 asnaf yang berkelayakan ditawarkan menduduki rumah transit MAINJ yang terletak di Rumah Pangsa Taman Cendana Pasir Gudang. Rumah transit MAINJ adalah penempatan sementara kepada asnaf yang berkelayakan di mana mereka dibenarkan mendiami rumah tersebut secara PERCUMA dalam tempoh tertentu sehingga keluar dari kemiskinan dan seterusnya diberi peluang pula kepada pihak lain
Read more…