Archive for June, 2017

28jun17

Makcik Ros setuju pindah ke rumah sewa yang baru

28 Jun 2017 – Makcik Ros atau nama sebenarnya Marlia bt Saeman dari Kg Parit Raja Batu Pahat telah dipindahkan ke rumah sewa yang baru di kampung yang sama untuk kemudahan yang lebih selamat dan selesa. Terima kasih kepada Yang DiPertua Majlis Daerah Yong Peng dapat menyediakan rumah sewa yang baru dan sewaan bulanan termasuk bayaran bil elektrik dan air
Read more…

aidilfitri16

Salam Aidilfitri

  Di Kesempatan ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor mengucapkan, Salam Aidilfitri.. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada warga kami atas ibadah zakat dan Wakaf yang tuan/puan tunaikan pada tahun ini. Kami juga mendoakan agar tuan/puan sekalian sentiasa dilimpahi rezeki dan keberkatan hidup atas rahmat-Nya hingga ke tahun-tahun mendatang. Insya-Allah..

musafir

Salam Musafir di JB Sentral dan Larkin Sentral.

21 Jun 2017 – Sempena Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi MAINJ mengambil kesempatan mengedarkan 3500 bungkusan kurma kepada musafir yang mengunakan JB Sentral dan Larkin Sentral. Selain boleh digunakan untuk mereka berbuka puasa dalam perjalanan ianya juga adalah salah satu dakwah zakat kepada semua golongan. Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ turut bersama-sama mengetuai edaran kurma tersebut bersama 70 anggota
Read more…

bantuan

Bantu deposit rumah keluarga En Johari bin Abdul Hamid

22 Jun 2017 – Mungkin kurang bernasib baik menjelang 3 hari sebelum Syawal beliau dan keluarganya diarah untuk keluar dari rumah sewanya kerana masalah tunggakan bayaran. En Johari bin Abdul Hamid, 49 tahun yang mengidap sakit jantung sejak 2015 perlu mencari rumah sewa baru dalam masa yang suntuk ini. Beliau bekerja sebagai peniaga makanan seperti nasi lemak, mee hoon dan
Read more…

mr

RM440,700.00 agihan bantuan hari raya bagi Parlimen Muar

21 Jun 2017 – Seramai 3,464 ketua keluarga fakir dan miskin serta tanggungan mereka dalam kawasan Parlimen Muar menerima agihan bantuan hari raya sebanyak RM 440,700.00 tahun ini. YB Dato’ Razali Ibrahim selaku Ahli Parlimen Muar menerima simbolik penyerahan daripada Penolong Amin Daerah Muar dalam satu majlis di Surau Al Falah Kg Sungai Balang Muar petang ini.

bantuan

Setiap hari zakat terus diagihkan…

21 Jun 2017 – Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor turut bersama turun padang berziarah ke rumah asnaf dan menyampaikan sumbangan kepada asnaf yang memerlukan khususnya bantuan perubatan. Turut berziarah pada kali ini ialah YB Dato Hj Noh bin Gadot, Penasihat MAINJ, Tn Hj Ramly bin Jusoh, Ahli Majlis MAINJ dan Pengarah Tabung Haji Negeri Johor YB Dato’ Hj Mokhzani
Read more…

jb

Meraikan anak-anak asnaf daerah Johor Bahru dalam Belanja Raya

21 Jun 2017 – Hari ini giliran 100 anak-anak asnaf dari daerah Johor Bahru pula dibawa berbelanja persiapan hari raya di Plaza Angsana Johor Bahru. Program hari ini diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tn Hj Md Rofiki bin Dato’ Hj A Samsudin dan Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru.

panti

RM 172,600.00 agihan kepada 1,373 fakir dan miskin kawasan DUN Panti.

19 Jun 2017 – Penyampaian Bantuan Hari Raya bagi DUN Panti bersama YB Dato’ Hj Baderi bin Haji Dasuki. Turut hadir sama Imam Besar Negeri Johor dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Kota Tinggi.

sgmt

RM 64,000.00 agihan bantuan hari raya DUN Kemelah.

20 Jun 2017 – Sekitar Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya kelada fakir dan miskin kawasan DUN Kemelah. Sebanyak RM64,000.00 diperuntukan pada tahun ini. Turut sama meraikan YB Datuk Hj Ayub bin Rahmat, ADUN Kemelah.

bantu

Berterusan menyantuni asnaf…

Ziarah asnaf di sekitar Johor Bahru. Ujian kepada mereka dilalui dengan tabah. 1. En. Mohd Fairul bin Ismail, 47 tahun di Pangsapuri JASA Tmn Mutiara Rini mengidap kanser hati tahap 4. Menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah dan tidak dapat bekerja. 2. En Mohd Murad bin Malik Abd Aziz Awan, 46 tahun dari Taman Nusa Idaman Nusa Jaya mengidap sakit
Read more…

bantuannusajaya17

2,553 fakir miskin DUN Nusajaya terima agihan RM305,800.00 untuk hari raya.

19 Jun 2017 – Tinggal baki beberapa hari menjelang Idul Fitri agihan kepada fakir dan miskin di teruskan bagi memastikan wang yang diperuntukan sampai kepada asnaf dan dapat diguna untuk persiapan. Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya 1438H/2017M bagi DUN Nusajaya diadakan di Masjid Jamek Gelang Patah sebentar tadi. Penolong Amin Baitulmal Johor Bahru dan YB.Dr.Hj.Zaini bin Hj Abu Bakar ADUN
Read more…

iftar

Majlis Iftar Jami’e Tautan Mahabbah raikan pembayar dan asnaf zakat.

Sempena Ramdan yang mulia Majlis Agama Islam Negeri Johor berkesempatan mendekati prospek utama penyumbang zakat disamping golongan penerima juga. pembayar zakat perniagaan yang tidak pernah terlepas menunaikan zakat mereka setiap tahun. agensi kerajaan yang menjadi penyumbang utama bayaran zakat melalui potongan gaji seperti Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Polis DiRaja Malaysia. Para Amil Korporat dan Amil Harta yang sentiasa menjalankan
Read more…