Archive for June 10th, 2017

ayerbaloi

RM51,900 agihan bantuan hari raya Mukim Ayer Baloi Pontian.

10 Jun 2017 – Sekitar Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya bagi kawasan Mukim Ayer Baloi Pontian.

tngkak

RM 384,300.00 agihan bantuan hari raya kepada 3,117 fakir dan miskin daerah Tangkak.

10 Jun 2017 – Simbolik serahan bantuan hari raya MAINJ bagi tahun 1438H disampaikan oleh Amin Baitulmal daerah Tangkak kepada YB Datuk Hj Hamim bin Hj Samuri, Ahli Parlimen Tangkak pagi tadi. 3,117 ketua keluarga fakir dan miskin dari daerah Tangkak telah dikenalpasti melalui amil fitrah untuk menerima bantuan ini.

bp

RM 118,150.00 agihan bantuan hari raya kawasan DUN Parit Ya’ani.

10 Jun 2017 – Serahan bantuan hari raya kepada fakir dan miskin kawasan DUN Parit Ya’ani disempurnakan melalui amil-amil kawasan pada hari ini. Turut hadir sama YB Datuk Hj Aziz bin Kaprawi, Ahli Parlimen Sri Gading dalam majlis penyerahan siang tadi.

raya

Belanja hari raya bersama anak-anak asnaf daerah Muar.

10 Jun 2017 – Hari ini bertempat di Mydin Mall Melaka seramai 100 anak-anak asnaf dari daerah Muar diraikan untuk membeli persiapan hari raya. MAINJ memperuntukan RM200 bagi setiap anak dalam program ini. Amin Baitulmal Daerah Muar, Tn Hj Fahami Abd Samad turut hadir sama meraikan mereka. Terpancar kegembiraan diwajah anak-anak ini. Semoga mereka dapat merasai kemeriahan Idul Fitri bersama-sama.
Read more…