Archive for June 11th, 2017

surat

RM 128,650.00 agihan bantuan hari raya bagi DUN Tanjung Surat.

11 Jun 2017 – Sebanyak RM128,650.00 diagihkan sebagai bantuan hari raya bagi kawasan DUN Tanjung Surat Kota Tinggi. Simbolik penyerahan daripada Penolong Amin Baitulmal Kota Tinggi kepada ADUN Tanjung Surat YB Dato’ Ir Syed Sis bin Abd Rahman dalam majlis ringkas di Surau As Syakirin Kg Dato’ Ghani Othman Kota Tinggi.

benut

890 fakir dan miskin DUN Benut terima bantuan hari raya.

11 Jun 2017 – Seramai 890 fakir dan miskin dari kawasan DUN Benut menerima bantuan hari raya dengan jumlah sebanyak RM 108,800.00. Simbolik penyerahan bantuan disampaikan oleh Penolong Amin Baitulmal Pontian kepada ADUN Benut Y.B Datuk Ir Hj Hasni bin Mohammad dalam satu majlis di Masjid Parit Betak Benut.

kpe maij

Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Negeri Johor

Syukur kepada Allah dengan berkat Ramadan ini MAINJ telah dapat mengagihkan terlebih dahulu bantuan-bantuan bagi keperluan asnaf khususnya bagi fakir,miskin dan muallaf sebagai membantu meringankan persiapan mereka menyambut Idul Fitri tidak lama lagi. Sebanyak RM7.7 juta telah pun diagihkan kepada 62,334 fakir dan miskin yang layak dan bayaran dibuat melalui 1,600 amil fitrah di setiap kariah yang akan menyampaikannya kepada
Read more…