Archive for June 15th, 2017

Bukit Serampang

RM 68,700.00 agihan bantuan hari raya DUN Bukit Serampang.

14 Jun 2017 – Seramai 521 fakir dan miskin kawasan DUN Bukit Serampang menerima agihan bantuan hari raya sebanyak RM 68,700.00 sebagai bantuan meringankan beban menyambut hari raya tahun ini. Bantuan diserahkan dalam satu majlis di Masjid Kg Liang Batu Lenga perang ini. Turut hadir bersama ADUN Bukit Serampang dan Amin Baitulmal Daerah Muar.  

raya

5,948 pesakit di Hospital Kerajaan dan Penghuni Rumah Kebajikan terima kurniaan sumbangan hari raya.

14 Jun 2017 – Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Permaisuri Johor hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Bungkusan Hari Raya Kepada Pesakit Hospital Kerajaan Negeri Johor dan Penghuni Rumah Kebajikan Negeri Johor Tahun 2017 bertempat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Seramai 5,948 pesakit dari 12 buah hospital kerajaan seluruh negeri Johor dan
Read more…

kulai_17

Raikan 100 anak asnaf daerah Kulai

14 Jun 2017 – Seramai 100 anak asnaf dari Kulai diraikan hari ini dalam Program Belanja Raya Di Mydin di Pasaraya Mydin Kulai. Pelbagai keperluan bagi persiapan hari raya dapat disediakan melalui program hari ini. Turut sama memeriahkan ialah YB ADUN Bukit Permai dan Amin Baitulmal Daerah Kulai.