Archive for June 17th, 2017

pasir raja

RM 89,550.00 agihan bantuan hari raya kepada fakir dan miskin kawasan DUN Pasir Raja.

16 Jun 2017 – Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada fakir dan miskin DUN Pasir Raja sebanyak RM89,550.00 secara simboliknya diserahkan kepada amil-amil kawasan bagi disampaikan kepada fakir dan miskin sebelum hari raya. Turut hadir bersama ADUN Pasir Raja, YB Dato’ Seri Dr Adham Bin Baba dan Amin Baitulmal Daerah Kota Tinggi di Masjid Mukhlisin Tmn Sri Ahmad Perang, Kota Tinggi.

dun sedili

RM 156,300.00 agihan bantuan hari raya fakir dan miskin kawasan DUN Sedili.

15 Jun 2017 – Sebanyak RM 156,300.00 diagihkan kepada fakir dan miskin DUN Sedili. Simbolik penyerahan wang bantuan disampaikan oleh Amin Baitulmal Daerah Kota Tinggi kepada ADUN Sedili YB Rasman Bin Ithnain di Masjid Tanjung Sedili petang ini. Salam perjuangan untuk semua yang terlibat.

johor lama

RM 76,200.00 agihan kepada 698 fakir dan miskin kawasan DUN Johor Lama.

15 Jun 2017 – Penyampaian bantuan hari raya kepada 698 asnaf fakir miskin DUN Johor Lama di Masjid Al-Wahhab Felda Gugusan Waha, Kota Tinggi. Turut bersama meraikan YB Hjh Asiah Bin Md Arif ADUN Johor Lama.