Archive for June 19th, 2017

iftar

Majlis Iftar Jami’e Tautan Mahabbah raikan pembayar dan asnaf zakat.

Sempena Ramdan yang mulia Majlis Agama Islam Negeri Johor berkesempatan mendekati prospek utama penyumbang zakat disamping golongan penerima juga. pembayar zakat perniagaan yang tidak pernah terlepas menunaikan zakat mereka setiap tahun. agensi kerajaan yang menjadi penyumbang utama bayaran zakat melalui potongan gaji seperti Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Polis DiRaja Malaysia. Para Amil Korporat dan Amil Harta yang sentiasa menjalankan
Read more…

kangkar pulai

Penyampaian bantuan hari raya kawasan Kangkar Pulai

Seramai 181 fakir dan miskin dari sekitar Kangkar Pulai menerima agihan bantuan hari raya pada tahun ini. Majlis diserikan dengan kehadiran Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Johor Tn Haji Mohamed Khairi bin A. Malik. Semoga ianya dapat meringankan beban dalam menyambut hari raya tidak lama lagi.

segamat

Gembirakan anak-anak asnaf Segamat di Program Belanja Raya

Sekitar Program Belanja Raya 100 anak-anak asnaf daerah Segamat yang diraikan membeli persiapan pakaian hari raya semalam.

Bantuan ribut di Kg Melayu Lenga Muar.

18 Jun 2017 – Penyampaian bantuan bencana ribut kepada 47 penerima dari Kg Batu 28 Lenga Muar. Kejadian berlaku pada 13 Jun 2017 yang lalu. Sebanyak RM12,700.00 disampaikan bagi tujuan meringankan beban penduduk terlibat membaikpulih kerosakan rumah mereka. Turut hadir sama YB Tn Hj Ismail B Mohamed, ADUN Bukit Serampang.