Archive for July, 2017

agihan

Agihan zakat Januari sehingga Jun 2017.

Makluman pengagihan zakat dari Januari sehingga 30 Jun 2017.

fidyah

Sekitar aktiviti penerangan Pelaksanaan Fidyah.

Kuliah Magrib berkenaan Fidyah dan kaedah pengiraannya di : Masjid Felda Tenggaroh 2 Mersing. Masjid Felda Nitar Mersing. Semoga dengan penerangan yang diberi memberi manfaat khususnya kepada penduduk setempat.

fidyah

Seminar Kefahaman Wang Tidak Patuh Syariah & Wasiat Daerah Kulai

27 Julai 2017 – Seramai 50 ketua kampung dan amil dari sekitar Daerah Kulai menyertai Seminar Kefahaman Wang Tidak Patuh Syariah dab Wasiat di Dewan Seminar Pejabat Kadi Kulai. -BAITULMAL MENJANA EKONOMI UMMAH-

Sampaikan sumbangan kebakaran di Kg Skudai Kiri.

25 Julai 2017 – MAINJ Johor Bahru menyampaikan sumbangan segera kepada 3 mangsa kebakaran di Kampung Skudai Kiri Johor Bahru.

bantuan

Bantu warga emas di Kg Skudai Kiri Johor Bahru.

25 Julai 2017 – En Sa’adon bin Dora,72 tahun bersama isterinya Pn Jemah bt Ismail, 65 tahun adalah penerima bantuan sra hidup MAINJ sejak Oktober 2016. Mempunyai 5 orang anak yang tinggal berasingan. Dalam ziarah hari ini didapati Pn Jemah memerlukan lampin pakai buang disebabkan uzur dan mereka juga sudah tidak berdaya untuk memasak dan menguruskan rumah. MAINJ akan membuat
Read more…

bantu

Bantu pesakit kanser di Kota Tinggi.

25 Julai 2017 – MAINJ Kota Tinggi menziarahi En Mohamad Noor bin Shafiee di Kg Makam Kota Tinggi yang mengidap kanser usus. Sumbangan segera RM1,000.00 disampaikan untuk keperluan sementara beliau dan bantuan perubatan bulanan akan segera diproses untuk keperluan perubatannya. Terima kasih sahabat FB MAINJ yang memberi info keadaan beliau.

insaniah

Program Insaniah di Kg Tenglu & Ziarah Hari Raya ke Baitul Rahmah Mersing.

24 Julai 2017 – Pasukan Briged Ansar Majlis Agama Islam Negeri Johor seramai 30 anggota turun padang ke Jalan Pak Wan Kg Tenglu Mersing hari ini untuk Program Insaniah di salah sebuah rumah penduduk kampung yang uzur. Selain baikpulih menggantikan bumbung yang bocor, beberapa bantuan keperluan yang lain juga turut disampaikan. gotong royong. ziarah asnaf uzur. penyampaian sumbangan 15 asnaf
Read more…

taklimat

94 penerima bantuan bulanan baru daerah Johor Bahru hadiri taklimat bantuan.

Seramai 94 penerima bantuan bulanan yang melibatkan bantuan sara hidup bulanan dan bantuan perubatan bulanan bagi daerah Johor Bahru hadir di majlis taklimat khas yang diadakan di Dewan Pusat Perlindungan Wanita Tmn Perling. Taklimat bertujuan menjelaskan bentuk bantuan yang diterima, proses penyaluran bantuan dan juga proses penyambungan semula bagi yang masih memerlukan. Semoga wang bantuan yang diterima digunakan untuk keperluan
Read more…

kluang

Program Ziarah Kasih AidilFitri Asnaf Dun Kahang & Paloh 2017

23 Julai 2017- Seramai 10 orang dari golongan asnaf di Dun Kahang & Paloh harini menerima kunjungan Ziarah Kasih Asnaf dari anggota Majlis Agama Islam Daerah Kluang. Penolong Amin BaitulMal Daerah Kluang, selaku wakil rasmi Amin BaitulMal BaitulMal Daerah Kluang harini turun padang bersama anggota MAIJ Kluang serta Penghulu Mukim Kahang, Paloh, Niyor bagi menziarahi seterusnya menyampaikan sumbangan Hari Raya
Read more…

kompleks

Memperkasa Tanah Wakaf Negeri Johor

Satu lagi revolusi pembangunan melalui instrumen wakaf iaitu pembinaan Kompleks Perubatan Pakar yang bakal terbina di atas tanah wakaf. Kompleks Perubatan Pakar ini akan dibangunkan oleh Kencana Healthcare melalui Tabung Wakaf Rakyat Johor, Perbadanan Islam Johor yang merupakan Nazir Khas kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor yang merupakan pemegang amanah tunggal harta wakaf. Sumber : http://www.e-wakafjohor.gov.my  

wakaf

Penyerahan Dana Wakaf Daripada Angkasa

Penyerahan Dana Wakaf Daripada Angkasa Kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor Sebanyak Rm 1,560,000 Bagi Pembelian 1 Unit Bangunan 2 Tingkat Di Bandar Baru Uda,Johor Bahru

Bantuan

Penyerahan Bantuan Segera Kebakaran Di Taman Indah Jaya, Kluang

20 Julai 2017- Amin BaitulMal Daerah Kluang, Tn Hj Mohd Taufik Bin Dato’ Kiai Samsudin menyerahkan bantuan segera kebakaran kepada keluarga mangsa. Semoga dengan adanya bantuan ini meringankan beban yang ditanggung. ~ZAKAT PERKASA , ASNAF DIBELA~