Archive for July 11th, 2017

Bantuan

Bantu mangsa ribut di Parit Jabar Senggarang.

11 Julai 2017 – MAINJ Batu Pahat ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada tuan rumah yang ditimpa ribut awal pagi tadi. 2 buah rumah mengalami kerosakan dan sumbangan kecemasan disampaikan untuk meringankan membakpulih kerosakan.

Ibu 6 anak hilang tempat bergantung.

10 Julai 2017 – Ziarah ke rumah Pn Merlina Abd Wahib di Bukit Pasir Muar. Kesusahannya diceritakan di FB dan MAINJ Muar menziarahi beliau dan menyampaikan sumbangan segera kewangan. Tidak dapat bekerja kerana mempunyai bayi berusia 2 bulan dan hilang tempat bergantung selepas suami ditahan pihak berkuasa.

Bantuan

Setiap hari zakat diagihkan…

Ziarah asnaf sekitar Johor Bahru. ❇️ En Zapri bin Zainu 62 tahun dari Kg Wadihana Johor Bahru. Mengidap stroke dan mengalami masalah jantung. Tiada pendapatan dan perlu rawatan susulan. ❇️ Pn Norhafizah binti Mahfar, 37 tahun mengidap kanser sejak 2011. Ditinggal suami sejak Dis 2016 dan mempunyai tanggungan 3 anak yang masih kecil dan bersekolah. Perlu bantuan perubatan bulanan. ❇️
Read more…