Archive for August, 2017

Salam Aidiladha – Selamat Menyambut Hari Raya Korban

Bantuan

Ziarah mangsa kebakaran di Kg Serom 1 Tangkak

Penolong Amin Baitulmal Daerah Tangkak menziarahi tuan rumah kejadian kebakaran di Kg. Serom 1 Tangkak dan menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa kebakaran.

merdeka

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Majlis Perbarisan dan Perhimpunan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Johor akan diadakan di Pasir Gudang (31 Ogos 2017)

Program Insaniah di Taman Johor Jaya.

20 Ogos 2017 – Anggota Briged Ansar MAINJ dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Pasir Gudang hari turun padang dalam Program Insaniah di kediaman Pn Siti Norizam Binti A. Majiddi di Jln Bakawali 20 Tmn Johor Jaya. Antara aktiviti kali ini ialah mengecat, membersih dan menyampaikan sumbangan perabot asas. Terima kasih kepada seorang Hamba Allah turut menyumbangkan set sofa untuk keluarga
Read more…

Penyampaian wang fidyah

19 Ogos 2017 – Seramai 10 orang menerima sumbangan wang fidyah sempena Kuliah Maghrib yang telah berlangsung di Masjid Jamek Kg. Tengah Kluang. Penyampaian sumbangan disampaikan oleh Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd Noh Bin Ibrahim. Turut bersama meraikan Program Kuliah Maghrib pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Ta’lim, Anggota SPRM, Pejabat Daerah Kluang dan lain-lain dari seluruh PBT Negeri Johor
Read more…

insaniah

Program Insaniah Majlis Agama Islam Negeri Johor Dengan Kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia & Pejabat Daerah Kluang

19 Ogos 2017 – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tn Hj Md Rofiki Bin Dato’ Kiyai Hj Shamsudin selaku Wakil Rasmi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Abd Mutalip Bin Abd Rahim harini berbesar hati merasmikan Program Insaniah MAINJ Dengan Kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia & Pejabat Daerah Kluang. Program ini telah
Read more…

Bantuan kepada adik Nur Aqila Alisha

15 Ogos 2017 – Adik Nur Aqila Alisha binti Khairul Afendy berusia 2 bulan di HSA Johor Bahru yang mengidap Spina Bifida dimana kulit belakang badan tidak tertutup sepenuhnya dan mengganggu sistem saraf dan tulang belakang. Ayahnya bekerja di sebuah kilang di Senai.

Ziarah asnaf sekitar Mukim Lenga

16 Ogos 2017 – Bersama amil agihan zakat Mukim Lenga hari ini ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada 3 orang asnaf di Kg Lenga dan Kg Batu 23 Muar.

pontian

Kejadian ribut di Kg Tengah Ayer Baloi Pontian.

14 Ogos 2017 – Amin Baitulmal Pontian menyampaikan sumbangan seger bencana alam kepada En Khairul Nasri bin Nawi di Kg Tengah Ayer Baloi Pontian yang terlibat dengan ribut sebelum ini. Semoga dapat meringankan beban beliau membaikpulih bahagian rumah yang rosak.

kulai

Amil Agihan Zakat bantu kesan asnaf di daerah Kulai

13 Ogos 2017 – Bersama amil agihan zakat kawasan Mukin Ayer Manis dan Mukin Senai ziarah ke 9 buah rumah yang telah dikenalpasti memerlukan bantuan. Penolong Amin Baitulmal Kulai turut sama menyantuni mereka.

Asnaf

Setiap hari zakat diagihkan

Semoga mereka diberi kesihatan dan dipermudah urusan. Setiap hari zakat diagihkan..sekitar ziarah kepada mereka yang memerlukan di Johor Bahru. Maklumat lanjut >>

Bantu

Bantu keperluan perubatan asnaf di Pulai Indah

10 Ogos 2017 – Mendapat info daripada sahabat daripada WLC semalam wakil MAINJ segera menziarahi Pn Zariah bte Muda di Taman Pulai Indah Kangkar Pulai. Pn Zariah 64 tahun mengidap sakit kencing manis, darah tinggi juga jangkaan sakit jantung dan buah pinggang memerlukan kos untuk perubatan hariannya. 5 jari kakinya baru dipotong dan kini beliau dijaga oleh anak sulongnya yang
Read more…