Archive for September, 2017

Ziarah asnaf sekitar Johor Bahru

Agihan bantuan segera untuk pesakit yang memerlukan keperluan perubatan dan peralatan khas di sekitar Johor Bahru. En Jamaluddin Bin Ab Ghaffar, 62 tahun mengidap kanser tekak tahap 4. Memerlukan susu khas, lampin pakai buang dan tilam angin. Ada menerima bantuan JKM dan masih mempunyai seorang anak bersekolah. En Abdul Rahim Bin Surani, 54 tahun mengidap sakit jantung. Seorang bapa tunggal
Read more…

Bantu keluarga Pn Nor’Ashikin bt Ikhsan di Pantai Layang

25 September 2017 – Suami Pn Nor’Ashikin bt Ikhsan meninggal dunia pada 22 September 2017 baru-baru ini dan MAINJ Daerah Tangkak sempat menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada suaminya En Md Ali ketika di hospital ketika itu. Selepas suaminya meninggal dunia keluarga ini kehilangan tempat bergantung sama sekali. Amin Baitulmal Daerah Tangkak menyampaikan sumbangan segera untuk keluarga ini dan akan disusuli
Read more…

Bantuan katil khas kepada asnaf

Penyerahan katil khas dan tilam angin kepada 3 orang penerima di Kg. Sri Mendapat Batu Pahat. Semoga dapat meringankan beban keluarga dan memberi keselesaan kepada pesakit.

Menziarahi mangsa kebakaran En. Johari Bin Jaafar di Kg. Bumiputera, Rengit.

Turut hadir bersama iaitu Penolong Pentadbir Tanah Rengit Tn. Hj. Mohd Helmi menyampaikan sumbangan bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Batu Pahat. Rumah tersebut telah terlibat dalam kebakaran pada petang hari Sabtu 16/09/2017.

Ziarah asnaf sekitar Mukim Senai

19 September 2017- Bersama Amil Agihan Zakat kawasan Senai sempat ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada 5 buah rumah asnaf yang memerlukan di sekitarnya. Antara bantuan yang diperlukan islah ssra hidup bulanan dan juga bantuan perubatan bulanan.

Sumbangan Maij kepada pusat terapi kanak-kanak Autisme

19 September 2017 – Kunjungan Bahagian Baitulmal MAINJ ke Nurkidz Children Therapy Centre di Tmn Adda Height yang merupakan pusat terapi kanak- kanak Autisme. Setiap anak- anak Autisme yang menjalani terapi di pusat ini menerima sumbangan RM 400.00 secara bulanan bagi tujuan pembayaran sesi terapi. Sumbangan yang diberi sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung keluarga.

Ziarah 6 keluarga di Kelapa Sawit, Kulai bersama Amil Agihan Zakat

6 September 2017 – Hasil maklumat Amil Agihan Zakat Kawasan Kelapa Sawit Kulai sebanyak 6 keluarga asnaf yang memerlukan sempat diziarah dan diberi sumbangan segera untuk keperluan mereka. Pen Amin Baitulmal Kulai berkata amil agihan zakat yang aktif banyak membantu mengesan asnaf yang perlu bantuan tetapi tidak tahu kemana perlu diajukan permohonan. Terima kasih juga atas kerjasama pemimpin kawasan yang
Read more…

fidyah

70 keluarga miskin di Segamat dan Mersing terima agihan fidyah

Penyampaian barang makanan daripada peruntukan wang fidyah di sempurnakan segera bagi memastikan tujuan bayaran sampai kepada asnaf miskin yang berhak. Perkhidmatan Bahagian Baitulmal MAINJ, Wasiat, Wang tidak patuh syariah, Luqatah, Fidyah, Tebus hak milik Baitulmal, Sewaan premis.

Bantu mangsa kemalangan alami kecederaan serius.

7 September 2017 – Mendapat maklumat daripada seorang sahabat FB MAINJ, pihak kami segera berziarah ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru melihat keadaan En Mansor bin Hassan yang terlibat dalam satu kemalangan pada 4 Sept 2017 mengakibatkan kecederaan pecah tulang muka dan pendarahan beku di kepala. Pada awalnya memerlukan RM2,000 untuk deposit pembedahan dan telah berjaya diusahakan oleh anaknya. Mempunyai
Read more…

Santuni asnaf sempena Program Insaniah & Ihya’ Idul Adha 1438H

4 September 2017 – Seramai 30 anggota Briged Ansar MAINJ hari ini turun padang ke Kg Lukut Kota Tinggi sempena Program Insaniah & Ihya’ Idul Adha. Antara aktiviti hari ini ialah ziarah dan menyampaikan sumbangan ke rumah asnaf di sekitar Kg Lukut selain pada awal paginya bergotong royong bersama penduduk kampung menyempurnakan ibadah qurban dan mengagihkan daging kepada fakir miskin.
Read more…