Archive for October, 2017

Penyerahan bantuan kebakaran di Kg Peserai Lama Batu Pahat.

30 Oktober 2017 – Penolong Amin Baitulmal Batu Pahat, Ust Azri bin Esa menziarahi En Azman bin Ahmad dan En Abd Rahim bin Dahar di Kg Peserai Lama Batu Pahat yang kediamannya terlibat dalam kebakaran. Sumbangan bantuan segera turut disampaikan bagi meringankan beban keluarga mereka.

Dana Pesakit Jantung MAIJ

Bagaimana anda boleh memohon dana bantuan pembiayaan zakat Johor bagi pembedahan jantung di IJN? Bantuan ini merupakan satu kemudahan untuk rakyat Johor. Bantuan ini disediakan bagi mereka yang tidak berkemampuan. Apa perlu dibuat selepas mendapat pengesahan pakar perubatan IJN dan maklum tentang kos rawatan? Jika anda tidak berkemampuan disebabkan kos pembedahan yang tinggi, ada 2 saluran bantuan disediakan : 1.
Read more…

Program & Aktiviti Bahagian Baitulmal Sepanjang Minggu

21 Oktober 2017 Penyampaian Sumbangan Fidyah dan tazkirah ringkas sempena Program Pengurusan Jenazah di Masjid Dato’ Hajah Fatimah, Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru. – 30 fakir/miskin menerima manfaat – Disempurnakan oleh Penolong Amin Baitulmal Johor Bahru. 21 Oktober 2017 Forum Pengurusan Harta & Wasiat Menurut Islam. Juga diadakan penyampaian Fidyah di Masjid Al Mukminin , Jalan Cengal, Bandar Putra Kulai.
Read more…

Program Insaniah di Kg Ayer Puteh, Jeram Batu Pontian.

22 Oktober 2017 – MAINJ Daerah Pontian dengan kerjasama JKKK Kaw.5 Kg Ayer Puteh Mk Jeram Batu Pontian mengambil inisiatif mengadakan Program Insaniah dengan pelbagai pengisian dalam usaha memberi khidmat terbaik kepada masyarakat setempat. Syukur dengan kerjasama semua pihak pelbagai aktiviti telah dapat dilakukan seperti membersih & membaikpulih rumah asnaf, mengecat surau, ziarah dan penyampaian bantuan ke rumah asnaf serta
Read more…

Program & Aktiviti Bahagian Baitulmal Sepanjang Minggu

Program & Aktiviti Bahagian Baitulmal Sepanjang Minggu, 15 Oktober 2017 Penyampaian bungkusan makanan Fidyah sempena Majlis Ziarah Pusara Daerah Segamat – 30 fakir/miskin menerima manfaat. – Di sempurnakan oleh Amin Baitulmal Daerah Segamat. 15 Oktober 2017 Mesyuarat Penyelarasan bantuan Fidyah bagi daerah Muar. 16 Oktober 2017 Bengkel Penulisan Laporan Baitulmal melalui e-maij. – kakitangan ibu pejabat & daerah 18 Oktober
Read more…

Program Motivasi Remaja “Anak Soleh Titian Ke Syurga” Anak-Anak Asnaf Daerah Pontian

14 Oktober 2017 – Seramai 85 orang peserta terdiri daripada anak-anak asnaf zakat daerah Pontian menyertai Motivasi Remaja “Anak Soleh Titian Ke Syurga” di Dewan Seminar Masjid Jamek Bandar Pontian. Antara pengisian program sehari ini ialah ceramah motivasi yang menyentuh perkara berikut :  Peranan doa dalam kehidupan  Tayammum dan solat jama’ qasr  Keistimewaan dan tanggungjawab manusia Wasiat iman  

Program Khidmat Masyarakat & Ziarah Kasih di Pusat Jagaan Sinar Kasih Muar .

Hasil kunjungan pengurusan MAINJ pada 10 Oktober yang lalu, Pasukan Briged Ansar MAINJ telah turun padang pagi ini ke Pusat Jagaan Sinar Kasih di Kampung Parit Mislam Muar sempena Program Khidmat Masyarakat Insaniah dan Ziarah Kasih warga emas di pusat jagaan tersebut . Beberapa aktiviti juga diaturkan untuk menyantuni mereka termasuk penyampaian sumbangan keperluan warga Emas yang telah disempurnakan penyampaiannya
Read more…

baitulmal

Program & Aktiviti Bahagian Baitulmal Sepanjang Minggu

1. Penyampaian keperluan Fidyah sempena Konvoi Kembara Zakat daerah Muar. – 30 fakir/miskin menerima manfaat   2. Penyampaian keperluan Fidyah dan gotong royong daerah Muar. – 50 fakir/miskin menerima manfaat   3. Majlis Penyerahan Kit Jenazah Sempena Hari Terbuka Hospital Daerah Segamat. – Di sempurnakan oleh Y.B Datuk Hj Ayub bin Rahmat, Exco Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Johor.  
Read more…

Jejak asnaf di daerah Kulai

11 Oktober 2017 – Jejak asnaf pagi ini diketuai oleh Ust Nor Hisham bin Sawal Penolong Amin Baitulmal Kulai bersama Amil Agihan Zakat Kawasan Senai iaitu Tok Shukor bin Hj Adan dapat menziarahi 5 keluarga asnaf yang memerlukan di sekitar Senai. Sumbangan kewangan disampaikan untuk meringankan sementara kesusahan mereka.

PROGRAM INSANIAH KEMASYARAKATAN 2017 – DUN BUKIT NANING

8 OKTOBER 2017 – Yb Dato’ Seri Hj Saipolbahari Bin Hj Suib – Adun Bukit Naning harini merasmikan satu Program Khidmat Kemasyarakatan Insaniah di Masjid Kg Pt Hj Anuar, Ayer Hitam, Muar. Tuan Amin BaitulMal Daerah Muar, As-Syeikh Tn Hj Mohd Fahami Bin Samad juga turut serta meraikan program ini bersama penduduk kampung. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong
Read more…

MAIJ @ Ekspo Johor Berkemajuan 2017

Kunjungi Kaunter Majlis Agama Islam Negeri Johor di Ekspo Johor Berkemajuan 2017 (Sektor Johor Islami) di Dataran Mahkota, Kota Iskandar pada (6-14 Oktober 2017) Untuk Sebarang Pertanyaan Dan Perkhidmatan Yang Berkaitan Zakat, Baitulmal dan Wakaf  

Program & Aktiviti Bahagian Baitulmal MAINJ sepanjang minggu

1️⃣ Forum Pengurusan Harta Pusaka & Wasiat Peringkat Daerah Tangkak. 2️⃣ Tazkirah & Penyampaian Sumbangan Fidyah kepada etnik Rohingya bagi daerah Kota Tinggi – seramai 225 orang menerima manfaat. 3️⃣ Penyampaian Sumbangan Keperluan Asas Makanan bagi keperluan Rumah Anak Yatim Kg Setanggi Johor Bahru – seramai 40 anak yatim menerima manfaat. 4️⃣ Sumbangan bungkusan makanan seusai solat Jumaat kepada golongan
Read more…