Archive for November, 2017

Bantuan Zakat Johor

145,857 individu asnaf terima bantuan zakat sepanjang Jan-September 2017

Johor Bahru – Sehingga bulan September 2017, MAINJ melalui 20 Skim Bantuan Zakat telah menyalurkan bantuan kepada 145,857 penerima berkelayakan dengan perbelanjaan sebanyak RM 127.2 juta. Bantuan yang disediakan MAINJ meliputi 5 kategori utama iaitu Bantuan Kebajikan, Bantuan Pendidikan, Bantuan Kesihatan, Bantuan Perumahan dan Bantuan Peningkatan Ekonomi Asnaf. Bantuan-bantuan ini adalah usaha MAINJ dalam menangani kos hidup dan kesejahteraan masyarakat
Read more…

Taklimat Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji ( Skim Infaq) bersama warga SIRIM

Sekitar Taklimat Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji ( Skim Infaq) bersama warga SIRIM Untuk Sebarang Pertanyaan Dan Perkhidmatan Yang Berkaitan Zakat melalui Potongan Gaji (Skim Infaq) Kami sedia membantu, hubungi : Bahagian Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor Tel : 07-2282929 Faks : 07-2275173 Email : pgaji@maij.gov.my

Memperkasa peranan Amil Agihan Zakat Johor.

Seramai 30 Amil Agihan Zakat dari seluruh Johor mengikuti Kursus Pemantapan Amil Agihan Zakat yang diadakan selama 3 hari di Melaka baru-baru ini. Mereka adalah sebahagian daripada 117 Amil Agihan Zakat di Johor yang berperanan membantu MAINJ mengesan dan menjejaki asnaf di kawasan masing-masing. Bagi tahun 2017, Amil Agihan Zakat telah membantu melaporkan lebih 2,800 asnaf yang memerlukan meliputi pelbagai
Read more…

Ziarah Asnaf di Kampung Sg. Telur, Kota Tinggi

Ziarah Asnaf di Kg Baharu Sg Telur, Kota Tinggi bersama Penolong Amin Baitulmal Kota Tinggi dan JKK Kg Sg Telur. Sebanyak 4 buah rumah dapat diziarah disamping penyampaian sumbangan kewangan dan barang keperluan harian.

Khidmat Masyarakat Dan Ziarah Asnaf di Kampung Lubuk Lanjut Segamat

16 November 2017 – Program Insaniah Daerah Segamat bersama penduduk kampung Lubuk Lanjut, Segamat diadakan pada sebelah pagi hari ini. Aktiviti bergotong royong mengecat masjid, bersih kubur, baik pulih rumah fakir miskin dan juga dapat ziarah 8 buah rumah fakir miskin. YB Puan Hajah Norshidah Binti Ibrahim, ADUN Buloh Kasap sudi hadir bersama dan merasmikan majlis pada hari ini. Terima
Read more…

baitulmal

Program & Aktiviti Bahagian Baitulmal Sepanjang Minggu

Program & Aktiviti Bahagian Baitulmal Sepanjang Minggu 4 November 2017 Penyampaian sumbangan Fidyah sempena Program Kesukarelawan IKTBN di Jalan Junid Muar – 50 fakir/miskin menerima manfaat 6 November 2017 Penyampaian sumbangan Fidyah sempena Forum Zakat di Masjid Putri Menangis Mukim Sg Pinggan Daerah Pontian. – 20 fakir/miskin menerima manfaat – Di sempurnakan oleh KPP Zakat Baitulmal & Waqaf MAINJ. 5
Read more…

Jejak Asnaf di Sedili Besar

6 November 2017 – Sebanyak 10 buah rumah di kawasan Kg Sedili Besar Kota Tinggi dapat diziarah pada sebelah pagi hari ini dalam program Jejak Asnaf bersama YB Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Mohd Nor, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor. Ziarah bertujuan mengenalpasti bantuan yang diperlukan disamping menyampaikan sumbangan kewangan dan barang makanan. Turut hadir sama ialah Amin Baitulmal
Read more…

Program Insaniah di Kg Prt Limbong Darat Prt Jawa Muar

6 November 2017 – Majlis Agama Islam Negeri Johor, Majlis Perbandaran Muar, Southern Waste Management (SWM) dan Pejabat ADUN Sg Balang hari ini bekerjasama mengadakan gotong royong membaikpulih kediaman En Masri bin Wasan di Kg Prt Limbong Darat Prt Jawa Muar. Antara usaha yang dijalankan hari ini ialah meroboh bahagian rumah yang terlalu usang, membaikpulih bumbung dan dapur serta membina
Read more…