Archive for January, 2018

Taklimat Pengurusan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2018/2019.

135 pelajar kemuka permohonan. Taklimat daripada Bhg Pendidikan Agama Islam, Bahagian Bantuan Zakat MAINJ, Yayasan Pelajaran Johor & MARSAH.

Tahniah Warga Taman Sri Lambak dan Paloh bakal menerima Bangunan Sekolah Agama Baru

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussien, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sembrong pada 27 Januari 2018 di Tapak Sekolah Agama Taman Sri Lambak. Warga Kluang bakal menerima 4 buah bangunan baru sekolah agama dan 1 bangunan tambahan sekolah agama. Jom Berwakaf bersama Saham Wakaf Johor dalam membina Sekolah Agama di Negeri Johor layari www.e-wakafjohor.gov.my
Read more…

Bayaran Fidyah diagih kepada golongan fakir dan miskin

Info Bayaran Fidyah diagih kepada golongan fakir dan miskin pada tahun 2017

Pelancaran Ejen Saham Wakaf Johor

Majlis Pelancaran Ejen Saham Wakaf Johor bagi daerah Johor Bahru, yang telah di rasmikan oleh yg berbahagia Ust Hj Yosree bin Ikhsan, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Wakaf dan Baitulmal pada 23 januari 2018, bertempat di Dewan Pusat Perlindungan Wanita, Taman Perling. Antara objektif pelancaran ini di adakan adalah melantik ejen Saham Wakaf Johor untuk mengutip hasil Saham Wakaf Johor seterusnya
Read more…

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Agama.

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Agama Daerah Tangkak yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor. Tahniah diucapkan kepada warga Daerah Tangkak yang bakal menerima 3 buah sekolah agama yang baharu iaitu SAKJ Bekoh Belading, SAKJ Puteri Ledang dan SAKJ Kampung Sagil. Pembinaan ini bakal memenuhi kehendakan rakyat Tangkak yang memerlukan infrastruktur baharu dalam mendalami
Read more…

Program Ziarah Asnaf Kawasan Pandan Siri 2

20 Januari 2018 – Team Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor Bersama PDM Pandan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Pasir Gudang mengadakan ziarah ke rumah asnaf di Jalan Imam Kg Melayu Pandan pagi ini bermula jam 10.00 pagi. Sebanyak 10 buah rumah dapat diziarah hari ini dan turut disampaikan bantuan kewangan daripada MAINJ. Terima kasih kepada semua
Read more…

Ziarah asnaf di Kg. Melayu Pandan, Johor Bahru.

13 Januari 2018 – Ziarah ke 5 kediaman asnaf di Kg Melayu Pandan bersama pemimpin kawasan. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan bebanan hidup mereka.

Wakaf Tanah

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Mersing baru sahaja selesai menerima dan menandatangani hujjah wakaf daripada En A.Razak Bin A.Rahman yang mewakafkan tanah seluas 0.0809 hektar untuk tujuan Maahad Tahfiz dan kebajikan Am di BT 18 Jln Kluang Mersing Majlis Agama Islam Negeri Johor merakamkan ribuan terima kasih kepada En A.Razak Bin A.Rahman atas niat murni mewakafkan sebahagian hartanya
Read more…