Archive for February, 2018

Info Wakaf : Projek Wakaf Bangunan Furqan

Wakaf Bangunan Darul Furqan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk dijadikan pusat pengajian ilmiah dan pembelajaran ilmu agama kepada masyarakat Islam seperti mempelajari ilmu al-quran, tahfiz al-Quran, tajwid, taranum, pengajian bahasa arab, kelas bimbingan, kuliah tafaqquh, tuisyen akademik dan sebagainya. Selain itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam usaha untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk bersama-sama mendalami ilmu agama, memperluaskan
Read more…

Info Wakaf: Projek Wakaf Bangunan Sekolah Agama

Projek ini dibangunkan adalah untuk menampung keperluan sekolah agama yang semakin bertambah pada setiap tahun. Pada masa ini, hanya 552 buah sekolah agama diseluruh negeri Johor. Daripada jumlah tersebut, hanya 384 buah sekolah agama sahaja yang mempunyai bangunan sendiri manakala selebihnya menumpang di bangunan sekolah-sekolah rendah kebangsaan atau balai-balai raya. Bagi memenuhi keperluan tersebut, Kerajaan Negeri Johor dan MAINJ telah
Read more…

Agihan Wang Fidyah

21 Februari 2018 – Kuliah Dhuha dan Sumbangan Fidyah (Beras & bungkusan makanan) kepada 200 orang penerima di Surau As-Solawatil Hikmah, Taman Desa Mutiara, Johor Bahru disampaikan oleh Ust Luqmanul Hakim Ab Rahman, Penolong Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru.

Sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Melayu Pandan.

21 Februari 2018 – Penolong Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru menyerahkan sumbangan MAINJ kepada 4 ketua keluarga yang rumah mereka terlibat dalam kebakaran di Kg Melayu Pandan semalam.

Info wakaf: Projek Wakaf | Pembinaan Semula Masjid As-Syafie

Projek Wakaf | Pembinaan Semula Masjid As-Syafie Masjid As-Syafie yang terletak di kawasan Gaza Zaytoon telah musnah semasa perang tahun 2014 yang berlangsung selama 51 hari. Justeru, umat islam di Gaza sangat memerlukan bantuan dari Negara luar dalam mengukuhkan syiar Islam. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama Aman Palestin mengalu-alukan umat Islam untuk menyumbang dana wakaf untuk projek
Read more…

WAKAF : BANGUNAN SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor Kampung Bakar Batu yang disempurnakan oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad Ahli Parlimen Johor Bahru. Jom berwakaf bersama Saham Wakaf Johor untuk memberi peluang masyarakat berwakaf bersama projek wakaf bangunan sekolah agama di seluruh negeri Johor. Untuk keterangan lanjut layari : www.e-wakafjohor.gov.my

Kaunter Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor

Makluman: Kaunter Agihan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Cawangan Danga Bay telah berpindah ke Plaza Larkin. Dibuka bermula 4 Februari 2018 bertempat di Aras 1, Plaza Larkin, Johor Bahru. Waktu Operasi Ahad – Rabu (8.30pagi – 4.00petang), Khamis (8.30pagi – 3.00petang)

RM 500,000 peruntukan Skim Bantuan Guaman Syarie.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM500,000 bagi menyediakan Skim Bantuan Guaman Syarie Johor Tahun 2018 yang akan dilaksanakan bermula 1 Februari ini. YB Tn Hj Abd Mutalip bin Abd Rahim Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor berkata , Skim Bantuan Guaman Syarie adalah skim bantuan yang diberi kepada golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Khidmat Guaman Syarie dibayar mengikut keperluan
Read more…