Archive for March, 2018

Ziarah keluarga Pn Julia bt Isnin ( tinggalkan anak di Kedai Dobi ketika bekerja)

29 Mac 2018 – Ekoran laporan akhbar berkenaan kesusahan Pn Julia bt Isnin yang dilaporkan terpaksa meninggalkan anaknya di sebuah kedai dobi di Larkin Perdana ketika bekerja, MAINJ hari ini telah dapat berjumpa dengan beliau di kediamannya di Desa Tebrau hasil bantuan pihak majikannya. Antara maklumat yang boleh dikongsikan : > beliau baru bekerja sebagai pekerja pembersihan dengan pendapatan RM850.00
Read more…

100 pelajar asnaf Daerah Muar sertai Kem Motivasi Bestari.

23 Mac 2018 – Seramai 100 pelajar dari Daerah Muar menyertai Kem Motivasi Tunas Bestari anjuran MAINJ Daerah Muar hari ini melibatkan pelajar sekolah menengah dan rendah. Matlamat utama program adalah memberikan penekanan dan tumpuan berkaitan ilmu agama supaya ianya seiring dengan kehidupan di dunia dan akhirat.  

125 calon mahasiswa Al Azhar Negeri Johor jalani Kursus Transformasi Mahasiswa Luar Negara.

20 Mac 2018 – Seramai 125 pelajar lepasan STAM yang bakal melanjutkan pengajian Ke Universiti Al Azhar Mesir selesai menjalani Kursus Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara yang bermula pada 16-20 Mac 2018. Amanat penutupan disempurnakan oleh Tuan Hj Ramly bin Jusoh, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Program Tautan Ukhuwah Asnaf & MAINJ.

18 Mac 2018 – Seramai 360 penerima bantuan bulanan MAINJ dari sekitar Bandaraya Johor Bahru dihimpunkan di Larkin pagi ini dalam satu program perjumpaan ringkas bersama pengurusan MAINJ. Sejak awal pagi para penerima bantuan telah hadir dan menunjukkan komitmen yang tinggi menjayakan program ini. Di antara pengisian Majlis ialah bacaan surah Yasin dan tahlil, tazkirah ringkas dan juga Penyampaian bantuan
Read more…

Info Wakaf : Bangunan Baru Sekolah Agama

Majlis Penyerahan Kunci Sekolah Agama Kerajaan Johor yang disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor. Penyerahan ini melibatkan 5 buah sekolah agama iaitu SAKJ Seri Semangat, SAKJ Pt Semerah, SAKJ Pt Patah, SAKJ Jaya Mulia dan SAKJ Seri Anom. Dalam majlis yang sama disampaikan pengharga kepada
Read more…

Sekotak Rezeki

Bahagian Baitulmal melalui peruntukan fidyah akan mengagihkan sebanyak 28,344 kotak makanan keperluan asas di seluruh negeri Johor dengan nilai RM2.7 juta. Pengagihan ini fokus kepada golongan fakir dan miskin di seluruh negeri Johor yang berdaftar di bawah amil Zakat Fitrah yang dilantik oleh MAINJ di setiap kariah. Penghantaran akan dibuat secara berperingkat kepada Amil-Amil Fitrah dan juga Masjid-Masjid bermula pada
Read more…

MAINJ sumbang RM30,000 untuk adik Siti Nor Aira Ameera.

5 Mac 2018 – Adik Siti Nor Aaira Ameera dari Kg Sg Kuali Pontian yang mengidap penyakit hati kronik dan perlu menjalani pembedahan pemindahan hati di China menerima sumbangan MAINJ sebanyak RM30,000. Simbolik penyerahan disempurnakan oleh YB Tn Hj Abdul Mutalip bin Abdul Rahim, Timbalan Pengerusi MAINJ dalam satu Majlis di Pontian hari ini.

Bantuan kepada mangsa Kebakaran di daerah Tangkak dan Batu Pahat

5 Mac 2018 – Penyampaian sumbangan kepada En Ruzali bin Majid dari Kg Telok Kemang, Tangkak yang terlibat dalam kebakaran.   2.Bantuan kebakaran di Felcra Sri Wangi. Penolong Amin Baitulmal Batu Pahat menyampaikan sumbangan segera kebakaran kepada En Ramlee bin Jamian @ Jamin yang terlibat dalam kebakaran.