Archive for April, 2018

1000 amil zakat hadir Program Pengukuhan Intergriti Amil Zakat MAINJ.

26 April 2018 – 1000 amil zakat fitrah daripada seluruh Negeri Johor hadir dalam Program Pengukuhan Intergriti Amil Zakat MAINJ di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor hari ini. Antara pengisian program ialah pendedahan berkenaan pengurusan Zakat yang efisyen dan juga amanat khas oleh Pengarah SPRM Johor berhubung tanggung jawab amil dan kepentingan menjalankan tugas dengan intergriti yang tinggi. Majlis
Read more…

Penyampaian Bantuan Bencana di Daerah Kota Tinggi dan Batu Pahat

23 April – Penyampaian bantuan bencana kepada Pn Rosnah Bin Omar, di Kg Semanggar Dalam, Kota Tinggi. 20 April 2018 yang lalu rumahnya dihempap pokok kelapa melibatkan kerosakan teruk di bahagian dapur.   23 April 2018 – Lagi penyampaian sumbangan kewangan kepada En.Mohd Rashid Bin Abdul Rahim di Kampung Linau Kecil, Bukit Pasir Batu Pahat yang terlibat dalam bencana alam
Read more…

Wang zakat anda sangat bermakna untuk mereka..

23 April 2018 – Team MAINJ hari ini berkesempatan ke beberapa lokasi sekitar Johor Bahru menziarahi dan menyampaikan sumbangan- sumbangan yang telah diluluskan. Kampung Skudai Kiri, Kampung Sungai Melayu, Taman Perling

Pn Roziah dipindahkan Ke kediaman baru

23 April 2018 – Jika anda masih ingat kisah yang viral pada minggu lepas ini, hari ini MAINJ Daerah Muar dengan kerjasama ketua Kampung dan AJK, Klinik Kesihatan Bandar Maharani dan Jabatan Kebajikan Sosial Hospital Muar telah mengambil inisiatif membantu pemindahan Pn Roziah Ke rumah sewa yang baru. MAINJ membantu bayaran deposit rumah dan akan diproses untuk bantuan sewaan bulanan.
Read more…

bayaran online

Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Online

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melancarkan  kaedah kemudahan bayaran balik pinjaman pendidikan yang baru iaitu bayaran balik secara atas talian (Online).   Layari : https://epayment.maij.gov.my Panduan/Manual Pengguna : MANUAL PENGGUNA BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN ONLINE   Juga boleh membuat pembayaran melalui kaedah lain seperti berikut: Tunai di kaunter-kaunter Majlis Agama Islam Daerah. Cek atas nama Baitulmal
Read more…

127 anak Johor bakal melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar Mesir Sesi 2018.

2 April 2018 – Seramai 127 orang pelajar yang merupakan anak-anak negeri Johor diraikan dalam satu Majlis Amanat YAB Menteri Besar Johor Dan Penyampaian Sumbangan MAINJ akan berikutan kejayaan mereka melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar Mesir. Majlis diserikan dengan kehadiran wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor iaitu Prof Madya Dr. Abdul Razak Ahmad, Penasihat Khas YAB Menteri Besar Johor.
Read more…

Program Tautan Ukhuwah Bersama Penjawat Awam & Masyarakat Setempat Daerah Pontian 2018

2 April 2018 – Lebih 500 jemaah dari sekitar Benut menghadiri Program Tautan Ukhuwah & Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana Anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Pontian dengan kerjasama Pejabat Daerah Pontian di Masjid Temenggung Daing Abd Rahman pagi ini.

Kejohanan Bolasepak 9 Sepasukan Jemputan MAIWP Edisi 9/2018

Kejohanan Bolasepak 9 Sepasukan Jemputan MAIWP Edisi 9/2018 – 31 Mac Hingga 1 April 2018. Kejohanan telah diadakan di Padang Varsiti Universiti Malaya. Alhamdulillah.. Untuk edisi pada kali Ini MAINJ telah dinobatkan sebagai Juara Kejohanan Bolasepak 9 Sepasukan Jemputan MAIWP Edisi 9/2018 – setelah menewaskan pasukan lawan iaitu JAINJ dipentas akhir dengan penentuan juara dibuat melalui sepakan penalti (2-0) setelah
Read more…