Archive for May, 2018

MAINJ perluas agihan wang fidyah ke IPTA

Mulai tahun 2018 MAINJ telah memperluaskan agihan wang fidyah ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam dengan kerjasama Pusat Islam Universiti/Pejabat Waqaf di UTM, UITM dan UTHM. Objektif agihan wang fidyah ini dilaksanakan sesuai dengan keperluan semasa dan diharap dapat mengurangkan beban yang di tanggung oleh pelajar yang datang dari keluarga tidak berkemampuan.

Skim Bantuan Pakaian Sekolah MAIJ 2019

Adalah dimaklumkan bahawa Bantuan Pakaian Sekolah merupakan salah satu skim bantuan pelajaran yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada pelajar yang kurang berkemampuan di negeri Johor. Makluman kepada pentadbiran sekolah, syarat dan kelayakan pelajar hendaklah dipatuhi sebagaimana berikut :

MAINJ tetapkan zakat fitrah 2018 dengan kadar RM7.00

Panduan Pembayar Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor. Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir
Read more…

Program Pengukuhan Feqh Solat Asnaf Zakat – 250 sertai program

14 Mei 2018 – Seramai 250 orang terdiri daripada penerima bantuan bulanan MAINJ dari sekitar Taman Cendana Pasir Gudang menyertai Program Pengukuhan Feqh Solat anjuran MAINJ dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon Cendana. Pengisian Program : – Panduan Wuduk Yang Sempurna, – Panduan Ibadan Pesakit, – Bengkel Bacaan Al Fatihah Majlis diserikan dengan kehadiran Tn Hj Abdul ‘Alim bin Abd Syukur,
Read more…

Penyampaian sumbangan kebakaran di Pontian

15 Mei 2018 – Penolong Amin Baitulmal Daerah Pontian menyampaikan sumbangan bebakaran kepada En Rozy bin Taib di Kg Tengayun Pontian, kebakaran berlaku jam 4.30 petang pada 14 Mei. Beliau kini menumpang di rumah sewa ketua kampung tersebut untuk sementara waktu.  

Makluman Penutupan sementara Kaunter UTC MAIJ

Adalah dimaklumkan bahawa seperti pengumunan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, Kerajaan telah menetapkan bahawa hari Khamis dan Jumaat, 10 dan 11 Mei ialah hari kelepasan am tambahan seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum ke-14. Bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka hari Ahad, 13 Mei 2018 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan. Sebagai
Read more…