Archive for June, 2018

salam_aidilfitri_2018

Salam Aidilfitri 2018

Di Kesempatan ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor mengucapkan, Salam Aidilfitri.. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada warga kami atas ibadah zakat dan Wakaf yang tuan/puan tunaikan pada tahun ini. Kami juga mendoakan agar tuan/puan sekalian sentiasa dilimpahi rezeki dan keberkatan hidup atas rahmat-Nya hingga ke tahun-tahun mendatang. Insya-Allah..

Bantuan Hari Raya Kepada Fakir Dan Miskin Tahun 2018

Seramai 29,006 ketua isi rumah dan 36,398 tanggungan mereka layak menerima bantuan hari raya di seluruh negeri Johor pada tahun ini. Senarai ini adalah hasil bancian yang dilakukan oleh amil zakat fitrah di setiap kariah dalam negeri Johor. Sebanyak RM8.1 juta telah diagihkan kepada para amil bagi disampaikan kepada fakir dan miskin berdaftar sebelum menjelang hari raya.