Archive for March, 2019

Tahniah..

Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Y.B Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor atas kurniaan pingat Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ)  dan  Encik Khirul Nizam Bin Mat Said Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Johor atas kurniaan Pingat Sultan Ibrahim Johor
Read more…

Program Khidmat Masyarakat di Kg Parit Yob Batu Pahat

16 Mac 2019 – YB Tuan Hj Aminolhuda Bin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Agama Negeri Johor merangkap Timbalan Pengerusi MAINJ berkesempatan meluangkan masa bersama penduduk Kg Parit Yob Batu Pahat sempena Program Insaniah pada kali ini.

MAINJ mengagihkan 200 bungkusan makanan kepada waris mangsa pembuangan sisa toksik di Bilik Gerakan Hospital Sultan Ismail (HSI).

13 Mac 2019 – MAINJ mengagihkan 200 bungkusan makanan kepada waris mangsa pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim Pasir Gudang semalam di Bilik Gerakan Hospital Sultan Ismail (HSI). Ianya bagi meringankan beban ahli keluarga yang berada di hospital menunggu ahli keluarga yang sedang mendapatkan rawatan. Turut hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Mohd Noh Bin Ibrahim dan
Read more…

#DoaUntukPasirGudang

Seluruh warga MAINJ turut berdukacita terhadap insiden pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim. Doa kami agar mangsa yang terlibat, kembali pulih dan selamat hendaknya. Amin..

Iklan / Kenyataan Tawaran Sebut Harga

Makluman, Iklan / Kenyataan Tawaran Sebut Harga No (01/2019) MAIJ 3/901/2 dan No (02/2019) MAIJ 3/901/2  telah ditutup. Berikut adalah makluman : Kertas Perakuan Pembuka Sebut Harga Bagi Bekalan MAIJ Tahun 2019.