Archive for May, 2019

makluman fpx

Makluman: Penyelenggaraan Laman ewakafjohor

Makluman: Dimaklumkan bahawa Sistem online www.e-wakafjohor.gov.my melalui bayaran FPX tergendala buat sementara waktu bagi aktiviti penyelenggaraan.  Pihak kami memohon maaf sekiranya pihak Tuan/Puan mengalami sebarang kesulitan. 📍Tuan/Puan juga boleh berwakaf (Saham Wakaf Johor) melalui : 🔹Kaunter-kaunter MAIJ daerah yang berhampiran, 🔹Akaun Bank: Bank Islam | 01014010059989 | Saham Wakaf Johor. Terima kasih  

Skim-Bantuan-Zakat-ipt_jun19

Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2019 (Siri 1)

Makluman, Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2019 (Siri 1) dibuka bermula 1 Jun 2019 Hingga 30 Jun 2019 *Kecuali pada 5 hingga 8 Jun 2019 Syarat dan kelayakan pelajar : Warganegara Malaysia Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor. Bermaustatin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun. Mendapat surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. Pendapatan
Read more…

ramadan_wakaf2019

Malam Lailatul Qadar, Pecutan 10 Malam Terakhir

:: Reminder | Malam Lailatul Qadar | Pecutan 10 Malam Terakhir :: ” Nabi S.A.W bersabda, Carilah Lailatul Qadar di Malam Ganjil dari Sepuluh Malam Terakhir di Bulan Ramadan ” Hadis Riwayat Bukhari . . Jom Berwakaf Bersama Saham Wakaf Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor 📍Cara Untuk Berwakaf . 🔹 Boleh Melalui online di www.e-wakafjohor.gov.my . 🔹Bank Islam |
Read more…

SultanJohortunaizakat2019

SULTAN JOHOR BAYAR ZAKAT RM5 JUTA DAN WAKAF TANAH UNTUK BINA SURAU DAN KEBAJIKAN AGAMA ISLAM

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun 2019 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (20 Mei). Tuanku Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Dato Nooh Gadot yang turut disaksikan Mufti Johor, Dato’ Yahya
Read more…

Ziarah mangsa kebakaran di Kg. Parit Satu Sanglang Pontian

Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, YB Dato’ Hj Mohd Noh bin Ibrahim berkesempatan menziarahi keluarga En Parijo bin Pariman Di Kg Parit Satu Sanglang yang terbakar sekitar jam 12.45 tengahari. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan segera untuk meringankan kesusahan yang menimpa keluarga ini. Semoga diberi ketabahan dan Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.