Archive for October, 2019

Aktiviti: Jejak Niaga di Pasar Tani

MUAR: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Bahagian Pungutan Zakat dengan kerjasama MAINJ daerah Muar melebarkan operasi Jejak Niaga di Pasar Tani Stadium Muar. Pasar Tani ini terletak di Berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, Muar yang Menjadi tempat tumpuan masyarakat Muar untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan pada setiap hari Ahad pagi. Ini merupakan lokasi pertama Program Jejak Niaga di adakan di
Read more…

Lawatan kerja Rasmi ke Pusat Perlindungan Wanita (PPW)

JOHOR BAHRU: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Perlindungan Wanita (PPW), yang beroperasi di Taman Perling di sini hari ini. Beliau diberi penerangan mengenai PPW oleh Penolong Pegawai Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Ustaz Mohd Rilizam Rosli. Rilizam berkata, pusat
Read more…

Info Wakaf: Wakaf Masjid di Kemboja

Negara Kemboja mempunyai keluasan 181,035 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai juta orang serta merupakan Negara ke-69 paling ramai penduduk di dunia. Kira – kira 93 peratus penduduk kemboja menganut agama rasmi iaitu agama Budha, manakala penganut agama Islam hanyalah kira-kira 5% (800,000 orang). Rata-rata penduduk Islam di Negara ini hanya bekerja sebagai nelayan dan petani dengan pendapatan purata tidak
Read more…

Aktiviti: Program Kesedaran Zakat Pendapatan di Felda Bukit Easter

KOTA TINGGI: Seramai lebih 300 orang peneroka dan penduduk setempat hadir Program Kesedaran Zakat Pendapatan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berlangsung di Dewan Semai Bakti, Felda Bukit Easter di sini, hari ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Yb Hj Rasman Ithnain dan Pengurus Felda Bukit Easter, Encik Mahmod Ibrahim. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Mohd Rafi
Read more…

Aktiviti: Operasi Jejak Niaga di Pasar Tani

KLUANG: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Bahagian Pungutan Zakat dengan kerjasama MAINJ daerah Kluang melebarkan operasi Jejak Niaga di Pasar Tani Kampung Melayu Kluang. Pasar Tani ini terletak di pusat bandar Kluang dan berhadapan Perhentian Pengangkutan Awam Daerah yang Menjadi tempat tumpuan masyarakat Kluang untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan pada setiap hari Isnin pagi. Ini merupakan lokasi pertama Program
Read more…

insaniah

Aktiviti :Program Insaniah Kemasyarakatan bertemakan “Harapan Asnaf Dengan Zakat”

PONTIAN: 8 Oktober 2019, Banyak pihak melihat gotong-royong sebagai satu program membersihkan kawasan semata-mata, tetapi lebih daripada itu ia juga salah satu platform mewujudkan keharmonian masyarakat menerusi pendekatan bersama dalam apa juga aktiviti setempat. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama MAINJ daerah Pontian menganjurkan Program Insaniah Kemasyarakatan bertemakan “Harapan Asnaf Dengan Zakat” di Penerok di sini hari ini.
Read more…