Archive for March, 2020

Makluman: Pembayaran awal Bantuan Tunai Tambahan kepada penerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Perubatan MAIJ

Pembayaran awal Bantuan Tunai Tambahan RM100.00 (One Off) kepada penerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Perubatan MAIJ telah dilaksanakan bagi meringankan bebas asnaf di negeri Johor ekoran wabak COVID-19.

Info: Inisiatif Ihsan Johor

Kerajaan Negeri Johor menyambut baik langkah proaktif Kerajaan Persekutuan menerusi pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh YAB Perdana Menteri pada Jumaat, 27 Mac lalu. Semoga bantuan PRIHATIN ini mampu membantu meringankan beban rakyat ketika penularan wabak Covid-19.

Kemudahan Pembayaran Zakat secara atas talian (Online)

(PKP) COVID-19

(PKP) COVID-19 : Dengar dan Taat adalah Sifat Seorang Muslim Daripada Abdullah RA, daripada Nabi SAW bersabda : “Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar dan mentaati.” (Mutta faqun Alaihy, hadith riwayat
Read more…

Info Bantuan Khas Covid-19 : Penyaluran sumbangan terus berjalan

MAINJ telah memutuskan semua proses permohonan mereka yang memerlukan dan penyaluran makanan adalah melalui Pejabat Daerah di bawah Urusetia Pengurusan Bencana Daerah. Proses bekalan makanan terus dihantar ke Bilik Gerakan Bencana Daerah untuk diserah kepada mereka yang memerlukan. Bagi tujuan ini MAINJ memperuntukan RM2 juta bagi pembelian barangan keperluan asas dengan anggaran nilai setiap barangan RM100.00 serta memberi manfaat kepada 20,000
Read more…

Makluman Pembetulan kenyataan

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR INGIN MEMBUAT PEMBETULAN KENYATAAN BERKAITAN NO TELEFON MAINJ DAERAH YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL BARU-BARU INI. Bahawa permohonan sumbangan keperluan makanan asasi hendaklah dirujuk kepada Pejabat Daerah di bawah Urusetia Pengurusan Bencana Daerah BUKAN kepada Pejabat MAINJ Daerah.  HARAP MAKLUM #dudukrumah #stayhome #mainjprihatin

COVID-19: 100 bungkus makanan Santun Sahabat Jalanan

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Anjung Singgah di bawah Pengurusan Yayasan Kebajikan Negara prihatin kepada golongan Sahabat Jalanan (Gelandangan) disekitar Johor Bahru. Serahan makanan sebanyak dua (2) kali sehari pada pagi dan petang dengan anggran 100 bungkusan bagi setiap sesi serahan.         View
Read more…

MISI SERAHAN BANTUAN COVID-19 Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di beberapa daerah secara berperingkat.

MAINJ telah memutuskan semua proses permohonan mereka yang memerlukan dan penyaluran makanan adalah melalui Pejabat Daerah di bawah Urusetia Pengurusan Bencana Daerah. Proses bekalan makanan terus dihantar ke Bilik Gerakan Bencana Daerah untuk diserah kepada mereka yang memerlukan. Bagi tujuan ini MAINJ memperuntukan RM2 juta bagi pembelian barangan keperluan asas dengan anggaran nilai setiap barangan RM100.00 serta memberi manfaat kepada
Read more…