Archive for April, 2020

Kemudahan Pembayaran Zakat secara ‘Online’

Bermula 1 Ramadan 1441 ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara dalam talian bagi memudahkan umat Islam menunaikan bayaran zakat harta dan zakat fitrah.

Salam Ramadan 1441H / 2020M

  “Barangsiapa yang melakukan Ibadah sunat pada bulan Ramadhan nescaya ganjarannya menyamai melakukan Ibadah-ibadah fardhu dibulan-bulan yang lain dan barangsiapa melakukan ibadah fardhu di bulan Ramadhan, ganjarannya menyamai 70 kali ganda ia melakukan ibadah tersebut di dalam bulan-bulan yang lain” – (Maksud Hadis Riwayat Muslim)

KETETAPAN HARGA FITRAH BAGI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 1441H / 2020M

KETETAPAN HARGA FITRAH BAGI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 1441H / 2020M Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor setelah disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1441H bersamaan 2020M pada dua kadar harga RM 7.00 (Tujuh Ringgit Sahaja) dan RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja).

Imsakiyah bulan Ramadan 1441 Hijriah bersamaan April/Mei 2020 Miladiah

Imsakiyah bulan Ramadan 1441 Hijriah bersamaan April/Mei 2020 Miladiah Muat turun IMSAKIAH RAMADHAN 1441H(2020M) – Jabatan Mufti Johor.pdf

Sumbangan bantuan segera kepada mangsa bencana ribut

Khamis, 9 April 2020:  Sembilan ketua keluarga mangsa ribut menerima sumbangan wang tunai bantuan segera bencana oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melalui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi di Kampung Sri Gunung Pulai, Kulai, Johor. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mangsa dalam tempoh Perentah Kawalan Pergerakkan ini.

Warkah khas dari Setiausaha Kerajaan Johor. 

Warkah khas dari Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. 

Makluman: Penangguhan Bayaran Balik Skim Pinjaman Pelajaran Qard Hassan Majlis Agama Islam Negeri Johor

Makluman: Penangguhan Bayaran Balik Skim Pinjaman Pelajaran Qard Hassan Majlis Agama Islam Negeri Johor Penangguhan diberikan selama 3 BULAN bermula 1 April 2020 sehingga 30 Jun 2020 Penangguhan dilaksanakan secara automatik tanpa perlu membuat permohonan. Segala pertanyaan dan persoalan boleh diajukan ke email zakat@maij.gov.my / qardhassan.mainj@gmail.com

Sumbangan bantuan kepada Pesakit Covid-19 yang telah sembuh

KULAI: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi menyerahkan sumbangan Bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebanyak RM1000.00 dan sumbangan Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM1000.00 kepada dua Pesakit Covid-19 yang telah sembuh di Pusat Kuarantin di daerah ini. Sumbangan ini bagi meringankan beban pesakit, hadir sama dalam sesi penyerahan, Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji
Read more…