Archive for May, 2020

Makluman: Kaunter pembayaran Zakat dibuka disemua Pejabat MAINJ Daerah

MAIJ akan membuka kaunter pembayaran zakat harta dan fitrah di semua Pejabat MAINJ daerah sebagai penambahbaikan perkhidmatan kepada mereka yang tiada kemampuan untuk membayar zakat harta dan fitrah secara dalam talian (online). Pembayaran zakat fitrah di kaunter pejabat akan beroperasi bermula pada hari *Ahad 17 Mei 2020 hingga hari Khamis 21 Mei 2020* bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Salam Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman. Al-Quran adalah sumber hidayah, rahmat, syifa’ (penawar) dan pemberi penjelasan kepada manusia. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur (cahaya) yang menerangi dan Al-Furqan (yang dapat membezakan) di antara yang hak dan batil. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan
Read more…

Permohonan bantuan segera perubatan Majlis Agama Islam Negeri Johor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Bantuan segera perubatan ini adalah kepada mereka yang terjejas pendapatan serta bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Permohonan bantuan ini dikhususkan kepada bantuan perubatan yang memerlukan pembiayaan atau rawatan segera bagi menjaga Maqasid Syariah.

Sumbangan bantuan MAIJ

04 Mei 2020 (Isnin) Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan dan Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAINJ membuat kunjungan ke kediaman En Muhamad Farid Ibrahim. beliau sebelum ini yang menyewa bilik sebagai kediamannya mengambil keputusan untuk berpindah kerana bilik yang disewanya terlalu kecil dan tidak sesuai bagi penempatan beliau, isteri dan 2 orang anaknya. beliau sebelum ini bekerja dan
Read more…

Jasamu dikenang

Jasamu dikenang,  Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, YB. Dato’ Haji Mohd Noh bin Ibrahim, semoga ikatan silaturahim yang sedia terjalin akan terus berkekalan.    Sekalung Tahniah,  di atas pelantikan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan) mulai 4 Mei 2020.

Selamat Hari Pekerja – Setiausaha Kerajaan Johor

Selamat Hari Pekerja “Pekerja adalah aset yang paling bernilai bagi sesebuah organisasi. Kejayaan sesebuah organisasi ataupun syarikat amat bergantung kepada barisan pekerja yang dimiliki. Sebagai seorang pekerja pula kita sepatutnya memberikan sumbangan yang terbaik kepada organisasi tempat kita bekerja. Sikap yang betul, kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam pekerjaan merupakan intipati yang penting dalam menjadi pekerja harapan organisasi. Dalam kita
Read more…