Home » 4,041 pelajar daerah Kluang terima bantuan pakaian sekolah MAINJ.

4,041 pelajar daerah Kluang terima bantuan pakaian sekolah MAINJ.

25 Dis 2015 – Seramai 4,041 orang pelajar daerah Kluang menerima Skim Bantuan Pakaian Sekolah bagi tahun 2016 yang melibatkan pelajar sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan Sekolah Agama Kerajaan Johor.

Bantuan ini mula diedarkan melalui pembekal dan kedai panel yang dilantik di seluruh Johor mulai awal Disember 2015 bagi membolehkan para pelajar menerima kelengkapan pakaian sebelum menjelang musim baru persekolahan 2016.

Terima kasih kepada Tn Hj Abd Mutalib bin Abd Rahim, Pengerusi Jawatakuasa Agama Islam Negeri Johor yang turut hadir merasmikan majlis pada hari ini.

bantuanpakaiansekolah

Sumber: FB MAIJ